seismik

Founder Telco Buka Gerai KEXFC, Cafe Amanda & 7 Anak Di Rumah, Persis Jenama Popular!

Confirm ramai yang nak try ni.

Cover image via @boss_shukex (IG)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak jenama popular makanan segera yang telah menjadi kegemaran ramai orang

Namun, baru-baru ini tular pula video yang memaparkan jenama tempatan yang seakan-akan klon jenama antarabangsa itu telah mencuri tumpuan.

Gerai KEXFC menjadi tumpuan apabila menjual makanan seperti ayam gunting, ayam popcorn, sosej cheese, sate ayam dan banyak lagi. Gerai tempatan itu diusahakan oleh Boss Shukex yang juga merupakan founder kepada Halo Telco. 

"Memang konsep dekat rumah, saya buat klon konsep. KEXFC macam KFC," tulisnya di video Instagram.

Bukan setakat itu, di rumahnya juga terdapat gerai Cafe Amanda yang menyediakan pelbagai jenis makanan ringan. Menurut Boss Shukex, Cafe Amanda merupakan klon Cafe Amazon. 

"Tapi kami tak jual, memang buat suka-suka dekat rumah. Bila ada saudara, kawan atau jiran datang, memang ini lah tempat memasak dan buat air,

"Cuma brand KEXFC saja yang akan kami keluarkan di pasaran, tapi dengan branding yang sudah ditrademark." tulisnya. 

Apa yang lagi menarik perhatian, di rumahnya juga terletak vending machine. Dia juga ingin klon 7E kepada 7 Anak. 

"Ada rumah kosong tak area rumah bos, teringin nak jadi jiran bos" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 9K tontonan, 484 tanda suka dan 12 komen di Instagram, netizen turut memuji usahanya. 

Berikut merupakan komen netizen di Instagram:

Memang style, logo pun dah nak dekat sama!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: