seismik

Sorok Belakang Kereta Orang Siap Letak Paku, Gadis Trauma Pergi Mall Di Shah Alam Ini

Hati-hati girls, jangan pergi seorang!

Cover image via @adlinakml (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak kes yang melibatkan gangguan seksual berlaku dalam kalangan wanita sekarang

Sebab itu, semua orang disarankan untuk mengambil langkah keselamatan walaupun di mana anda berada.

Baru-baru ini, tular sebuah posting yang memaparkan pengalaman buruk seorang gadis di Plaza Shah Alam atau lebih dikenali sebagai Plaza Masalam telah mencuri tumpuan.

Gadis itu difahamkan baru saja pulang dari Plaza Masalam dan menuju ke arah keretanya. Tetapi apa yang lebih mengejutkan adalah dua orang warga asing dilihat duduk di belakang keretanya sambil menyorok.

Tidak tahu apa motif warga asing itu melepak di kereta orang sambil menyorok, gadis itu cuak untuk bergerak ke keretanya kerana warga asing itu seolah-olah bergerak ke arah gadis itu.

Mujur, ada kereta lain yang masuk parking sebelah keretanya dan membuatkan warga asing itu berdiri saja di situ. Lebih mengejutkan lagi, kereta gadis itu didapati ada paku di tempat warga asing itu menyorok.

Image via @adlinakml (X)
Image via @adlinakml (X)

Ada juga yang pernah kena intai dalam tandas Plaza Masalam

Dalam pada itu, ada juga netizen yang mengaku mereka pernah diintai ketika berada di dalam sebuah tandas di pusat beli-belah berkenaan.

Image via @adlinakml (X)
Image via @adlinakml (X)

"Girl, they all look at we woman like some kind je. Serius takut. I yang mak orang ni pun takut, baru petang tadi balik kerja nak ambil anak, mereka berdua jalan kaki, amboi tenung kita tengah drive semacam je. Sampai skrg teringat-ingat pandangan tu. Takut!" - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 786.8K views, 8K reposts dan 6K likes di laman X, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut merupakan komen netizen di X:

Image via @adlinakml (X)
Image via @adlinakml (X)
Image via @adlinakml (X)

Bahayanya, jangan pergi tempat tu sorang-sorang tau!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: