seismik

Jerit Kuat Sebelum Lemas, Budak Perempuan Mandi Sungai Ini Berjaya Diselamatkan

Nasib baik ada yang perasan.

Cover image via @danialazman691 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai ibu bapa yang membawa anak-anak untuk bercuti pada cuti persekolahan yang lepas

Salah satu lokasi percutian adalah sungai dan air terjun. Tidak dinafikan, ramai keluarga yang suka berkelah di tepi sungai sambil mandi-manda. Namun, keselamatan anak-anak haruslah dijaga. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak perempuan hampir lemas semasa mandi sungai telah mencuri tumpuan. 

Budak perempuan itu bermandi-manda bersama keluarganya di sekeliling. Akibat leka, dia tak sengaja berada di sungai yang lebih dalam sehingga dia tercungap-cungap. 

Orang sekelilingnya tidak perasan tindakannya sehinggakan dia hampir lemas. Mujur, ada lelaki yang berada tempat berjauhan sempat pergi ke arahnya dan menyelamatkan budak perempuan itu. 

"Tepi budak tu pun tak tau ke kawan tu tengah lemas, nasib baik semua selamat" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 61K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. Malah, ada juga yang menasihatkan ibu bapa supaya lebih peka. 

Berikut merupakan komen netizen di TikTok:

Lihat video penuh itu di bawah:

@danialazman691

Kejadian kat sedim, kebetulan kawan tengah record. alhamdulillah semua baik letih taktau nak habaq Kpada Yg Bkerluarga Tolong Pantau Anak Anak Anda !!! #sedim #kitajagakita #fyp #fpy #Hello2024 “TerimaKasihItuAmatBerharga

original sound - -

Allahu, nasib baik ada yang datang dan cepat selamatkan budak tu :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: