Peniaga Dikecam Jual Cromboloni RM15, Tapi Netizen Tengok Macam Roti Bom Cicah Strawberi
Mungkin peniaga baru belajar nak buat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pastri telah menjadi satu makanan kegemaran orang ramai
Ada yang dijadikan sarapan, ada juga yang memilih pastri ketika makan di kafe-kafe unik zaman ini. Viral pula satu jenis pastri iaitu cromboloni yang berbentuk bulat dan crispy. Tidak dinafikan, cromboloni menjadi kegilaan ramai sekarang kerana dek keenakannya.
Namun, tak semua peniaga pandai menghasilkan Cromboloni yang sedap. Sama seperti posting yang tular di laman X apabila seorang pemuda dilihat kecewa dengan pastri yang dibelinya telah mencuri tumpuan.
Dapat dilihat bentuk Cromboloni yang dibeli itu tidak padat dan bulat. Inti stroberi itu juga sangat tidak menyelerakan. Perkara itu membuatkan pembeli berasa kecewa.
"Ini dah macam roti bom cacat cicah jem strawberry dah ni dik.
Engkau kalau tak reti nak buat Cromboloni boleh tak jujur amanah fatanah je.
Kau jual jela Tupperware ke Zhulian ke, ini kau pedajal sampai RM15 seketul kau sihat ke tak? Ke ada kad lain selain kad pengenalan?" tulisnya.
"Ni macam karipap pusing cicah jam strawberry aje" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 366.2K views, 1K reposts dan 2K likes di laman X, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut merupakan komen netizen di X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!