seismik

"Tak Layak" - Ramai Setuju Doktor Ini Cakap Pendatang Asing Tanpa Izin Beban Negara

PATI akan terus gunakan sumber dan subsidi negara kita.

Cover image via @alepza11 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, terlalu ramai pendatang asing tanpa izin di Malaysia

Pendatang asing itu masuk ke negara kita untuk bekerja namun mereka gagal mendapatkan dokumen yang sah. Lantas itu, perkara tersebut dianggap sebagai satu kesalahan undang-undang. 

Baru-baru ini, beribu warga asing juga telah ditangkap oleh pihak imigresen. Tular pula video seorang doktor menjelaskan bagaimana pendatang asing tanpa izin (PATI) merupakan satu beban negara telah menarik perhatian. 

Doktor tersebut menjelaskan PATI datang ke hospital akan menggunakan sumber negara kita. Katakan mereka ingin bersalin, kos deposit sepatutnya yang perlu ditanggung adalah RM1000 minimum namun PATI tidak mampu membayar kos tersebut. 

Apabila perawatan dah selesai, mereka keluar begitu saja. Perkara ini menyebabkan sumber negara kita telah digunakan oleh PATI tetapi negara yang terpaksa menanggung kos itu. 

"RM9K, RM10K habis macam tu saja untuk seorang yang tak ada dokumen" - Doktor

Masalah akan timbul apabila membuat kiraan dengan unit Hasil, namun masalah tersebut tidak dapat diselesaikan kerana duit itu tidak dapat dituntut disebabkan PATI tidak mempunyai dokumen. 

"Selamatkan nyawa tu free ke? Perlulah needle, syringe, ubat, semua tu subsidi. Bukan free, kita yang bayar cukai, pastu nak tanggung PATI? Kalau macam tu pergi unit Hasil, sila bayar mana-mana bil PATI. Haa, kau kan kemanusiaan?" katanya. 

Doktor berkenaan juga menjelaskan banyak lagi manfaat yang mereka gunakan seperti subsidi minyak, gula dan petrol. 

"Orang yang patut kita tangkap ni sepatutnya orang tengah atau orang atasan. Siapa majikan dia, siapa yang keluarkan lesen perniagaan? Ejen orang atasan masih operasi, bila-bila masa boleh saja masukkan orang baru walaupun yang lama dah kena tangkap." katanya.

"Half peskit hospital adalah PATI. Entah la kita ni baik sangat. Sampai specialist sanggup sign admissions kalau kritikal. Padahal tak ada IC dan duit" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 971K tontonan, 98K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut merupakan komen netizen di TikTok:

Jelas, padat dan penuh fakta doktor ni cakap!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: