[VIDEO] Pelancong Beli Bakso Babi Goreng, Tapi Terkejut Sebab Yang Jual Bertudung
Terkejut kejap.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, banyak makanan enak yang boleh dicuba apabila kita melancong ke Indonesia
Namun, kita semua disarankan untuk berhati-hati untuk memilih makanan terutamanya dari segi halal haram makanan itu.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pelancong Mat Salleh membeli bakso babi goreng di Indonesia.
Dilihat dia membeli bakso babi goreng sebanyak 5 biji berharga 25ribu rupiah (RM7.50) di gerai tepi jalan. Tetapi, apa yang membuatkan ramai terkejut adalah apabila bakso babi itu dijual oleh wanita yang bertudung. Ramai yang keliru dan bertanya adakah wanita itu beragama Islam.
"Manusia yang sukar difahami oleh dunia" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 24K tanda suka dan 5K komen di TikTok, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut merupakan komen netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!