Kongsi Tentang Bahaya 'Wafaq', Ramai Ingatkan Supaya Elakkan Lakaran Seperti Ini
Biasa digunakan sebagai pelaris kedai.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebagai umat Islam, kita wajib menjauhi perbuatan khurafat kerana ia boleh menyebabkan seseorang itu syirik
Syirik adalah sesuatu perbuatan yang mempersekutukan Allah SWT dengan sesuatu yang lain. Baru-baru ini, tular sebuah posting di laman X yang memaparkan seorang individu menasihati orang ramai untuk jauhkan kedai yang mempunyai pelaris.
Individu kongsi bahaya wafaq yang diamalkan oleh sesetengah orang. Wafaq merupakan satu kertas yang ditulis ayat-ayat tertentu untuk tujuan dan kelebihannya tersendiri. Ayat tersebut mengandungi nama Allah, al-Quran, selawat, huruf Arab, nombor, geometri, lambang dan simbol.
Kebiasaannya, wafaq ini dijumpai di beberapa tempat yang tersorok
Ini antara beberapa lokasi kebiasaan orang simpan wafaq:
- Digantung dalam bingkai gambar pada dinding
- Di atas pintu dan tingkap
- Di pintu
- Diikat di tiang seri rumah
- Disimpan dalam bekas seperti botol & diletakkan di tempat tinggi di rumah dan bilik
- Dalam laci
- Dalam dompet
Hukum menyimpan wafaq adalah haram.
"Selalu nampak ni dekat kedai kedai makan. Hati-hati semua. Saya memang akan perhati. InshaAllah sama-sama jaga" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 1M views, 4K reposts dan 5K likes di laman X, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut merupakan komen netizen di X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!