seismik

"I Feel You Bro" - Merajuk Dengan Teman Lelaki, Gadis Ini Sanggup Turun Kereta Jalan Kaki

Kereta belakang pun mengikut je, tak hon pun.

Cover image via @fiedhacoway (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, dalam situasi bercinta sudah pasti akan ada pasang surutnya

Pergaduhan akibat perselisihan faham sering terjadi. Kadang kala sehingga menyebabkan salah seorang pasangan itu merajuk. 

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan gadis berjalan seorang diri di tepi jalan telah mencuri tumpuan. Video itu dirakam oleh orang awam di sekeliling. 

Dapat dilihat seorang gadis sedang merajuk dengan teman lelakinya. Dia bertindak turun kereta dan berjalan kaki. Namun, teman lelaki itu dilihat memandu kereta Proton Wajanya dengan perlahan mengiringinya sambil memujuk. 

Tetapi apa yang lebih membuatkan ramai terkejut adalah tindakannya itu menyebabkan semua kereta di bekalang dipandu secara perlahan sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas. 

"Kalau laki aku ni sampai rumah lah aku jalan kaki, dia balik dulu dah, nak merajuk sangat" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 967K tontonan, 48K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut merupakan antara komen netizen di TikTok:

Lihat video penuh itu di bawah:

Siapa macam ni juga, baik mengaku sekarang :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: