Tahi Lalat Pemanis Tahan 2 Tahun Jadi Trend Di Kelantan, Sah Ke Kalau Ambil Wudhu?
Dah macam tatu dah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kecantikan wajah menjadi perkara yang amat penting dalam kalangan wanita
Oleh sebab itu, ramai yang sanggup menghabiskan duit pergi ke pusat kecantikan untuk membuat rawatan dan sebagainya.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video tentang rawatan melukis tahi lalat pada wajah seseorang telah viral dan mendapat perhatian ramai.
Seorang wanita itu dilihat mendapatkan rawatan tahi lalat pemanis di Bachok, Kelantan. Rawatan itu berharga RM30. Dapat dilihat proses rawatan itu dimulakan dengan lukisan bulatan hitam dan kemudian dipadam sehingga mendapat tahi lalat kecil di bawah mata.
Rawatan itu meraih perbualan ramai sama ada ia sah ketika mengambil air wudhu atau tidak.
"Kelantan ni aneh-aneh yang muka macam pasu porcelain berkilat kebanyakan dari sini jugak" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 188K views, 493 reposts dan 428 likes di laman X, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut merupakan antara komen netizen di X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!