seismik

Wanita Mengadu Anak Kecil 5 Tahun Diliwat Abang Kandung Sendiri Umur 9 Tahun

Allahu, tak sangka.

Cover image via @akhifairuz (IG) & Clarity Child Guidance Center (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kes liwat dan gangguan seksual dalam kalangan remaja dan kanak-kanak kini sangat membimbangkan

Lebih menakutkan lagi adalah apabila ada pelaku dan mangsa menganggap perkara itu bukan satu kesalahan dek kerana telah terbiasa dengan persekitaran. 

Baru-baru ini, tular sebuah posting di Instagram yang memaparkan satu gambar tangkap layar antara perbualan Cikgu Fadhli dengan seorang ibu. 

Wanita itu mengadu masalahnya kepada cikgu tersebut. Lebih tidak sangka lagi adalah apabila anaknya yang berumur sembilan tahun itu meliwat adik kandungnya sendiri yang berumur lima tahun. Wanita itu menangis dan meminta bantuan. 

"Mereka ini perlu dibantu. Kerja mendidik anak-anak perlu bermula dari awal di rumah. Saya ulang sekali lagi, ajar anak untuk mengenali apa itu PRIVATE PART!" - Akhi Fairuz

Akhi Fairuz menggesa ibu bapa untuk cakna terhadap perkara mengenai gangguan seksual kepada anak-anak. Dia juga sempat mengimbau kembali pengalamannya.

"Ditambah pula saya pernah membaca curahan hati budak-budak twitter yang berkongsi kenapa mereka boleh jadi gay. Salah satu kes sebab pernah kena liwat dengan abang masa kecil. Tiada siapa yang tahu"

"Bermula dengan kekeliruan, ketidakpastian, dan kini bila dah dewasa jadi gay. Beliau komen lagi, "aku selalu teringat momen tu. Sedap kot. Abang aku tu dahlah handsome. Kemaluan dia besar." tulisnya.

Image via Berita Harian

Akhi Fairuz juga menegaskan kemaluan adalah anggota badan yang tak boleh disentuh, dipegang, diramas, dicium, diraba oleh sesiapa sahaja termasuklah adik beradik, ayah, atuk, abang ipar, pak sedara, atuk, cikgu, ustaz, warden, dikenali atau tidak.

"Mulut, dada, paha, punggung, kemaluan jangan bagi sesiapa pegang, melainkan untuk tujuan kesihatan (doktor check).

Ulang lagi dan lagi sedari anak mula mengenali nama anggota tubuh badannya.

Jika keadaan itu berlaku (nauzubillah), jerit kuat-kuat, lari selamatkan diri dan bagi tahu parents." tulisnya. 

Dia juga pesan kepada ibu bapa supaya menasihati anak-anak bila masuk ke sekolah asrama penuh samada ke MRSM, SBP, Tahfiz, SMKA, SMA dan lain-lain.

"Jangan tidur satu katil, berselimut bersama, hubungan senior dan junior (abang adik angkat), jangan bagi sesiapa pegang private part, meraba dada, punggung, paha, jangan mengintai kawan mandi, jangan mandi bersama kawan-kawan, apa sahaja perlakuan menjurus kepada homoseksual, pesan awal-awal" pesannya. 

Ibu bapa mainkan peranan penting untuk pesan pada anak-anak. Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: