Burung Gagak Berhimpun Atas Bangunan Lepas Amaran Tsunami Di Jepun Seperti Beri Petanda
'Nature is giving us a sign' - Netizen.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Satu siri gempa bumi kuat, dengan yang terbesar berukuran sehingga 7.6 magnitud, melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada Isnin, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA)
Lantas itu, amaran tsunami telah dikeluarkan oleh JMA untuk daerah Noto supaya menggesa orang ramai segera berpindah berikutan amaran tsunami untuk wilayah Niigata, Toyama dan Ishikawa di sebelah Laut Jepun di negara itu.
Namun, menurut sumber, kerajaan Jepun telah menarik balik amaran tsunami itu. Bagaimanapun, perubahan kecil pada paras pasang surut air laut masih boleh berlaku.
Pada hari yang berlaku gempa itu juga, tular sebuah video mengenai sekumpulan burung gagak berkumpul di atas bangunan di Fukuoka, Jepun telah mencuri tumpuan.
Dapat didengar suara-suara burung gagak yang berhimpun di atas bangunan-bangunan setelah kerajaan memberi amaran Tsunami di wilayah Fukuoka, Jepun. Perkara itu seolah-olah seperti alam sedang memberi sebuah petanda kepada manusia.
"Signs of Allah, the Creator of the universe" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.3M views, 1K reposts dan 8K likes di X, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut merupakan komen netizen di X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!