seismik

Wanita Cemas Tengok Dua Anjing Tersangkut Di Tepi Jalan, Rupa-Rupanya Ada Plot Twist

Ini yang dinamakan 'tied phase'.

Cover image via @Bebelleyy (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular video yang memaparkan seorang wanita terkejut dan cemas apabila melihat dua ekor anjing

Video itu menunjukkan dua ekor anjing tersangkut antara satu sama lain di tepi jalan. Anjing itu melekat seperti tidak boleh bergerak ke mana-mana. Wanita itu menyangka dua ekor anjing itu cedera dan sedang menahan sakit. 

"Aduh, sakit. Orang panggil perbinatangan? Kementerian perbinatangan, boleh ambil tahu pasal ni ea sebab kesian sangat dekat anjing ini. Diorang melekat, sakit duburnya. Nampak tu tak boleh ke kiri dan ke kanan," katanya. 

Wanita itu juga meminta bantuan pihak tertentu supaya menyelesaikan masalah anjing itu. 

Image via @Bebelleyy (X)

Rupa-rupanya ada plot twist, kedua-dua anjing tersebut sedang mengawan

Anjing itu sedang melakukan proses mating fasa kedua. Ini yang ramai tak tahu. Kalau ada yang nampak anjing tersangkut, doktor veterinar menasihatkan supaya jangan kacau anjing itu.

Anjing tersebut sedang berada di second part of mating process yang dinamakan tied phase. Pada fasa ini, bahagian penis anjing jantan (bulbis glandis) mengembang dan bahagian otot vagina anjing betina juga contract dan menyebabkan kedua-duanya terperangkap.

Masa yang diambil antara 5 hingga 45 minit. Jika dipaksa boleh menyebabkan kecederaan kepada anjing jantan. 

Image via Google

"Learn something new today, so lepasni jangan kacau" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.1M views, 2K reposts dan 3K likes di X, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut merupakan komen netizen di X:

Image via @Bebelleyy (X)
Image via @Bebelleyy (X)
Image via @Bebelleyy (X)

Lihat video penuh itu di bawah:

Risau ye, nasib baik dia tak kacau anjing tu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: