Lepas 25 Tahun Lari Tak Nak Kena Sunat, Lelaki Ini Akhirnya Kembali Ke Pangkuan Keluarga
Biar betul.
Berkhatan adalah perkara wajib yang perlu dilakukan oleh semua umat Islam
Kebiasaannya ia akan dilakukan semasa kita kecil lagi. Namun, bagi kaum lelaki mereka biasanya ada yang mula berkhatan pada peringat sekolah rendah.
Sudah tentu, pasti ada saja cerita yang menyebabkan ada sesetengah takut untuk berkhatan. Tetapi kini, teknologi berkhatan juga semakin canggih dan tidak seperti dulu. Sekejap saja sudah selesai.
Lain pula dengan kejadian yang berlaku ini apabila seorang lelaki warga Indonesia akhirnya kembali ke pangkuan keluarga selepas 25 tahun menghilang kerana takut untuk berkhatan telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Takut kena sunat punya pasal sampai lari rumah 25 tahun
Menerusi video tersebut, difahamkan kejadian itu berlaku pada tahun 1998 semasa umurnya 13 tahun.
Menurut sumber, keluarganya terkejut dengan kemunculan anak mereka itu selepas hampir tiga dekad menghilang.
Abang lelaki itu memberitahu pada awal adiknya itu mahu berkhatan, bila keluar dia hanya membawa mainan sahaja. Dia dilihat berani pada malam sebelum proses itu, tetapi bila sudah pagi dia sudah menghilang.
Difahamkan sepanjang kehilangan lelaki itu, keluarganya telah mencuba pelbagai usaha untuk mencari tetapi tetap tidak menemuinya. Lelaki berkenaan berada dalam keadaan sihat fizikal dan mentalnya tetapi dia sedikit trauma.
Image via @klaten.24jam (TikTok)
"Jadi, sekarang dah sunat ke belum?" - Warganet
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet juga ada yang terkejut dan mempersoalkan adakah dia sudah disunatkan sekarang atau belum.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 18.2K likes, 585 comments dan 908 shares di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:
Image via @klaten.24jam (TikTok)
Image via @klaten.24jam (TikTok)
Image via @klaten.24jam (TikTok)
Image via @klaten.24jam (TikTok)
Image via @klaten.24jam (TikTok)
Kalau hilang sekejap boleh terima lagi, ini sampai 25 tahun :o
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment