seismik

Lagi Kes Melibatkan Kitab Suci, Kali Ini Ahli Politik Belanda Pula Pijak & Koyak Al-Quran

Geramnya!

Cover image via @TVisCOOLUK (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini kecoh dengan insiden pembakaran Al-Quran beramai-ramai di Sweden

Hal itu menyebabkan negara Arab dan seluruh dunia Islam terus mengecam tindakan melampau mereka yang membakar Al-Quran di ibu negara Sweden, Stockholm.

Terdahulu, Rasmus Paludan, ketua Parti Stram Kurs, kini di bawah perlindungan polis mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk membakar senaskah Al-Quran di luar Kedutaan Turki di Stockholm.

Namun, berlaku lagi insiden yang melibatkan kitab suci itu dengan kali ini ketua pelampau berhaluan kanan Gerakan Anti-Islam Eropah, PEGIDA, Edwin Wagensveld memijak dan mengoyak Al-Quran serta membakarnya di satu lokasi di Belanda.

Lihat video itu di bawah:

Dakwa dapat kebenaran pihak berkuasa tempatan

Difahamkan, tindakannya itu mendapat telah mendapat kebenaran pihak berkuasa dan tindakan biadap itu turut dimuat naik ke laman sosialnya.

Dia mendakwa kumpulan itu akan meneruskan tindakan mereka walaupun berdepan ancaman. Dia bagaimanapun tidak didakwa kerana tindakan itu tidak dianggap sebagai jenayah.

Tindakan ini mendapat kecaman pelbagai negara umat Islam termasuk Turki. Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan malah memberi amaran kepada Stockholm supaya tidak mengharapkan sokongan Ankara untuk menyertai NATO.

Wagensveld sebelum ini pernah ditahan di atas dua kesalahan kerana aktiviti menghina Islam.

"Cuba itu di hadapan saya lain kali. Saya akan pastikan dia belajar sesuatu yang dia tidak akan lupa" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut mengecam tindakan berkenaan dan menganggapnya sebagai pengecut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 16.4K views, 204 retweets dan 568 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di Twitter:

Kalau dia anggap caranya itu boleh jatuhkan Islam dia salah :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: