seismik

"Mantap" - Bawa Parang Lawan Polis, Ramai Kagum Lihat Rakyat Kerjasama Halang Lelaki Ini

Sama-sama bekerjasama.

Cover image via @Tfsgxy_ (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak kes jenayah yang kita boleh lihat berlaku di sekeliling kita

Pastinya perkara ini amat membimbangkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang selalu bersendirian. Jika anda berseorangan adalah lebih elok untuk tidak lalu di tempat yang tiada orang. Jenayah hari ini tidak mengira jantina mahupun pangkat.

Hal ini kerana tular sebuah video yang memaparkan aksi seorang lelaki membawa parang dan ingin menyerang polis telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Orang ramai bersatu halang individu berkenaan mendekati polis

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun telah mengamuk menggunakan parang di sebuah apartment Taman Lembah Maju, Pandan Indah, Selangor,

Dapat dilihat juga pegawai polis sedang mengawal situasi tersebut dan cuba untuk menenangkannya.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila datang beberapa orang awam di situ turut membantu pegawai polis berkenaan untuk meleraikan situasi itu. 

Lihat video lain itu di bawah:

"Stunt man terbaik ni harap mana-mana producer boleh ambil abang tu berlakon" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kerjasama dan aksi mereka semua yang berusaha membantu pihak polis mengawal situasi tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.9M views, 3,837 retweets dan 5,594 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Terbaiklah semua, bekerjasama bantu pihak polis! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: