Individu Ini Konfiden Bagi Tahu Dalam Produk Ada 'Babi', Tapi Rupa-Rupanya Tak Baca Betul
Lah rupa-rupanya.
Sebagai seorang beragama Islam, memilih makanan dan produk yang halal adalah sangat penting
Iyalah, kita perlu lebih meneliti semasa hendak membeli sesuatu produk itu terutama dari segi makanan kerana ia akan masuk ke dalam badan.
Jika anda seorang jenis suka membaca ingredients semasa membeli, anda adalah seorang yang bagus kerana teliti.
Namun, lain pula yang terjadi dengan seorang individu ini apabila dia berkongsi video memaparkan dalam sebuah produk ada babi di dalamnya telah menarik perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Beritahu pengikut hati-hati dengan produk ini kerana tertulis 'pork'
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berada di sebuah pasar raya yang tidak dikenal pasti.
Namun, dia kemudian berkongsi terjumpa sebuah produk yang dijual mengandungi 'babi' di dalamnya. Dakwanya produk tersebut terang-terang tertulis perkataan 'pork' padanya.
Dia juga memesan kepada mereka yang beragama Islam untuk lebih berhati-hati ketika membeli produk.
Tetapi, jika kita lihat dan perhatikan dengan betul ia menulis 'use on' di mana ia bermaksud boleh digunakan pada beberapa jenis daging masakan.
"Sia-sia belajar english dari darjah 1 sampai form 5" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen mengecam tindakan individu tersebut dan memberitahunya untuk memahami maksud yang tertulis terlebih dahulu sebelum menyebarkannya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 4,698 retweets, 3,660 quotes tweets dan 5,819 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!