seismik

Netizen Kecam Keluarga Ini Makan Di Kedai, Tapi Pembantu Rumah Hanya Duduk & Tengok Saja

Ada sesetengah yang memberitahu ini adalah perkara biasa.

Cover image via Singapore Incidents (Facebook)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mempunyai pembantu rumah sememangnya dapat meringankan kerja kita terutama sekali buat suri rumah

Ada juga orang yang boleh menolong kita menguruskan segalanya. Namun perlu ingat, pembantu rumah juga adalah manusia biasa seperti kita. Mereka juga perlu rehat dan perlulah dilayan dengan elok.

Tetapi, tular sebuah video di Facebook apabila seorang pembantu rumah dilihat hanya duduk dan lihat keluarga majikannya makan di sebuah restoran telah menimbulkan tanda tanya ramai.

Lihat video itu di bawah:

Ramai persoal kenapa dia tidak makan sekali

Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah keluarga dari Singapura sedang makan di sebuah restoran.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah dapat dilihat seorang pembantu rumah yang hanya duduk di meja makan sambil hanya melihat mereka semua makan.

Situasi itu ternyata telah menimbulkan tanda tanya ramai dan mempersoalkan mengapa dia tidak menjamu selera bersama mereka.

"Patut layan mereka macam manusia juga, mereka ada emosi juga" - Netizen

Sementara itu, tinjauan mendapati rata-rata netizen dan bekas pembantu rumah yang berang yang berkaitan dengan situasi pembantu rumah itu berkongsi pendapat mereka di ruangan komen.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 67K views, 293 comments dan 350 shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

Mungkin dia dah makan? Atau kenyang kot? Min pun tak pasti :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: