Lihat Bagaimana Kucing Berkurap & Kaki Bengkok Ini Dibela Individu Sehingga Sihat & Comel
Terima kasih orang baik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kucing adalah haiwan peliharaan yang menjadi pilihan ramai kerana sifat mereka yang manja
Malah, penjagaan mereka tidak begitu susah dan mudah. Tambahan lagi jika kita tinggal seorang diri, kucing memang haiwan yang sesuai untuk dibeli dan dijadikan sebagai peneman.
Namun, walaupun kita sudah mempunyai kucing di rumah, itu tidak bermakna kita tidak boleh membuat baik pada kucing-kucing jalanan di luar.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki dari Indonesia menjaga seekor kucing yang sakit sehingga sembuh.
Image via @rumahkucingifan2 (TikTok)
Daripada mengalami penyakit kurap yang teruk, kini menjadi kucing yang comel
Menerusi video perkongsian di TikTok @rumahkucingifan2, kelihatan dia berkongsi telah menemui seekor kucing yang mengalami sakit kulit yang teruk.
Malah, dapat dilihat kucing itu juga mempunyai masalah kaki sehingga menyukarkan untuk berjalan seperti kucing yang lain.
Oleh kerana kasihan, dia mengambil keputusan membawanya pulang ke rumah dan menjaganya. Lelaki itu menamakan kucing berkenaan sebagai 'Petong' dan dia sering membawa Petong ke klinik haiwan untuk dirawat.
Hari demi hari, kulit Petong dilihat semakin pulih. Hasil daripada ubat dan rawatan, Petong akhirnya bertukar menjadi kucing yang sihat, berbeza dengan keadaannya yang dijumpai sebelum ini.
Di ruangan komen netizen turut memuji tindakannya yang baik hati kerana sanggup merawat kucing berkenaan sehingga sembuh.
Lihat antara komen-komen netizen di bawah:
Image via @rumahkucingifan2 (TikTok)
Image via @rumahkucingifan2 (TikTok)
Image via @rumahkucingifan2 (TikTok)
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment