Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[GAMBAR] 7 Lokasi 'Photo-Worthy' Yang Akan Buatkan Instagram Feed Anda Lebih 'Awesome'

Take note kalau nak feed Instagram anda cantik dan lain daripada yang lain. :)

Cover image via Google

1. Bangunan Sultan Abdul Samad @ Dataran Merdeka

Image via purplepinkp

Image via janjan.relles

Image via kataedho

Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di hadapan Dataran Merdeka adalah mercu tanda bagi bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. 

Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894. Disebabkan keunikan seni bina bangunan ini, ramai pengunjung datang untuk tangkap gambar di setiap penjuru yang ada. 

Mesti feed Instagram anda akan nampak lebih cantik dan unik!

Lokasi: Jalan Raja, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Waktu: Dibuka 24 jam setiap hari.

2. Lake Gardens @ Taman Tasik Perdana

Image via jessicachaw

Image via time_out_experience

Lake Gardens ini merupakan kawasan rekreasi yang menarik pengunjung tempatan dan antarabangsa. Antara lokasi yang menarik di sekitar Lake Gardens ialah Tugu Negara, Panggung Anniversari, Muzium Negara, Galeri Seri Perdana, Taman Bunga Raya, Taman Orkid dan Taman Burung Kuala Lumpur.

Anda boleh datang ke sini untuk terokai tempat-tempat yang tidak ramai tahu. Menarik sebenarnya. Sama juga jika anda inginkan gambar yang menarik, boleh berkunjung ke sini.

Lokasi: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu: 7 am hingga 8 pm setiap hari.

3. Astaka Morocco @ Putrajaya

Image via dessychrisvine

Image via msmp93

Image via Illa Shanahila

Astaka Morocco ini adalah tempat yang paling tepat dan sesuai untuk anda yang sukakan latar belakang dan suasana negara Timur Tengah.

Cantik sangat sampai terpegun dengan ukiran dinding dan pintu di sana, siap ada fountain di tengah-tengah yang membuatkan gambar menjadi lebih cantik dan insta-worthy!

Lokasi: Presint 1, 62000 Putrajaya, Malaysia.
Waktu: 9 am hingga 12 pm, 2 pm hingga 5 pm. Tutup setiap Selasa.

4. Batu Caves @ Gombak KL

Image via kevin.barata

Image via charissachong

Image via breadandbellini

Batu Caves mempunyai ketinggian hampir 100 Meter dari dasar laut, kompleks kuil Batu Caves terdiri daripada tiga gua utama dan beberapa gua kecil.

Gua yang terbesar dikenali sebagai Cathedral Cave atau Gua Kuil. Di dalamnya terdapat sebuah kuil Hindu. Untuk sampai ke gua ini pengunjung perlu menaiki 272 anak tangga.

Kini, Batu Caves tampil dengan wajah baru iaitu dengan anak-anak tangga yang berwarna-warni. Ramai yang telah berkunjung ke sini lebih-lebih lagi untuk bergambar. Memang cantik dan colourful!

Lokasi: Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.
Waktu: 6 am hingga 9 pm.

5. Menara berkembar Petronas @ KLCC

Image via zed.photography.zone

Image via wanderintwo

Image via time_out_experience

Menara berkembar Petronas di Kuala Lumpur ini merupakan sepasang menara yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa, Dubai dan juga Taipei 101, Taiwan.

Ramai juga pelancong asing akan datang berkunjung ke sini untuk mendapatkan gambar yang lebih menarik dan disimpan untuk dijadikan kenangan di Malaysia.

Ini kerana setiap gambar yang berlatar belakangkan menara ini akan membuatkan gambar anda lebih kreatif. Lebih-lebih lagi di Instagram.

Lokasi: Concourse Level, Petronas Twin Tower, Lower Ground, 50088, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu: Dibuka 24 jam di bahagian luar. Pusat membeli belah di buka setiap hari pada jam 10 am hingga 10 pm.

6. Changkat @ Bukit Bintang

Image via marinanrn

Image via heartpatrick

Image via khairulazmas

Jika anda ingin berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur, pastinya anda akan terfikirkan cuaca yang panas dan jarak yang perlu ditempuhi. Namun, ianya boleh dilupakan dengan adanya corak-corak mural yang begitu cantik, unik dan menarik untuk bergambar.

Siapa je yang tak sukakan gambar yang 'hispter' bukan? Dengan penuh warna-warni dalam feed Instagram anda nanti. Barulah nampak lebih pelbagai!

Lokasi: 64, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu: Dibuka 24 jam setiap hari.

7. Muzium & Galeri Seni Bank Negara Malaysia @ Kuala Lumpur

Image via faizalzainudin

Image via wandererwanderess

Hipster betul kalau bergambar di sini! Macam-macam jenis pose anda boleh buat. Dengan rekaan yang futuristic ini memang confirm akan buatkan Instagram feed anda lain daripada yang lain. Macam bukan di Malaysia pula!

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia ini ditempatkan di dalam bangunan Sasana Kijang yang terletak di Jalan Dato' Onn dan ianya merangkumi empat aras.

Tingkat bawah merupakan:
- Galeri kanak-kanak
- Kedai Muzium
- Kafe Muzium
- Ruang perkhidmatan tetamu
- Ruang aktiviti kanak-kanak
- Teater kecil

Lokasi: Sasana Kijang, 2 Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Waktu: Dibuka setiap hari. 10 am hingga 6 pm.

Tangkap gambar cantik-cantik jom? :D

Image via Giphy

Sumber: KL Foodie

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Wah, Malaysia ke ini?

Perth pun macam best! Jom? ;)

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment