seismik

Minat Untuk 'Explore' Keindahan Di Perth, Australia? Ini 15 Tempat Wajib Anda Terokai!

Alamak, bestnya. Rasa macam nak pergi sekarang je!

Cover image via Twitter

Bila sebut sahaja tentang Perth, Australia mesti rata-rata sudah tahu bahawa negara ini mempunyai ramai penduduk Muslim yang menetap di sana.

Malah, tiket penerbangan untuk ke sana juga tidak terlalu mahal.

Image via The National
Image via Air New Zealand

Untuk anda yang masih tidak tahu tentang negara ini, Perth adalah ibu negara Australia Barat. Pantai Sandy terletak di kawasan pinggir bandarnya dan kawasan tepi sungai yang begitu besar. Selain itu, Kings Park dan Botanic Garden di Mt. Eliza membolehkan anda untuk melihat pemandangan bandar yang cantik.

Pusat Kebudayaan Perth menempatkan balet negeri dan syarikat opera termasuk teater, galeri seni dan Muzium Australia Barat. Memang menarik sangat jika anda inginkan peluang untuk terokai apa yang ada di Perth, Australia ini!

Jika anda mempunyai perancangan untuk explore apa yang ada di negara ini, boleh tengok 12 list tempat menarik di Perth, Australia dan masukkan semua tempat ini dalam itinerari anda ya!

Image via Buzz Feed

Jika ada syarikat penerbangan yang menawarkan tiket murah dan berbaloi, jangan lepaskan peluang. Bukan selalu anda berpeluang untuk bercuti ke luar Malaysia dengan bajet yang rendah, lebih-lebih lagi untuk tiket penerbangan.

Anda boleh gunakan list di bawah untuk bercuti di Perth, Australia. Pastikan anda teroka betul-betul apa yang ada di sana ya!

1. Elizabeth Quay

Di sini anda boleh menaiki Segway, feri dan gondola yang disediakan. Jika anda inginkan aktiviti yang tidak mengeluarkan duit, boleh juga jalan-jalan melihat pemandangan di sekitar sungai dan tangkap gambar di jambatan dengan background yang begitu cantik.

2. Fremantle Markets

Kalau anda ingin mendapatkan ole-ole untuk yang tersayang, jangan lupa untuk singgah ke Fremantle Markets. Di sini anda boleh mendapati pelbagai barangan antik yang diperbuat daripada kayu, barangan kulit dan juga barangan basah yang boleh anda beli untuk dimasak sepanjang anda berada di Perth, Australia.

3. Kings Park

Image via ABC

Kings Park merupakan salah satu tempat yang wajib anda kunjungi ketika berada di Perth dengan panorama yang bakal memukau hati di bandar Perth dan Swan River dari Kings Park. Anda boleh menaiki DNA Tower yang terletak di sini untuk nikmati pemandangan sekitar yang sangat menakjubkan!

4. Perth Zoo

Image via Blooloop

Perth Zoo ini berkeluasan 41 ekar dan telah dibuka sejak tahun 1898. Banyak haiwan yang boleh anda lihat di sini iaitu lebih daripada 1,250 ekor haiwan yang terdiri daripada 164 spesis yang berbeza. Tempat ini juga terbahagi kepada 3 zon iaitu:

  1. Australian Walkabout
  2. African Savannah
  3. Asian Rainforest

5. Aquarium of Western Australia

Image via Are You Selling

Jika anda mempunyai minat untuk 'menyelam', boleh bawa keluarga untuk melawat Aquarium of Western Australia ini. Anda akan mendapat pengalaman seperti berada di dalam air laut. Di sini juga terdapat lebih 4,000 ikan dan kesemuanya terdiri daripada 400 spesis yang berbeza.

6. Adventure World

Image via YouTube

Tempat ini adalah salah satu taman tema yang boleh didapati di Perth yang mempunyai lebih daripada 23 tarikan untuk yang berani untuk cuba. Rugi kalau tak datang dan cuba sendiri, memang extreme tapi sangat memuaskan!

7. Art Gallery of Western Australia

Image via Expedia

Art Gallery ini mula di buka pada tahun 1895 yang menempatkan pelbagai jenis karya seni dari pengkarya bersejarah dan kontemporari yang bukan sahaja berasal dari Australia malah seluruh dunia.

Jika anda ingin tahu, antara hasil seni yang ada di sini adalah ukiran klasik daripada Henry Moore, karya motif oleh Orang Asli Australia dan pelbagai lagi. Jangan risau, masuk adalah PERCUMA.

8. Penguin Island

Image via Penguin Island

Masa perjalanan untuk ke Penguin Island adalah 45 minit dari Perth. Anda dapat melihat singa laut, ikan lumba-lumba di sekitar perairan. Ketika di sana, anda berpeluang untuk mendekati dengan penguin-penguin yang sangat comel dan terkecil di dunia! Seronoknya!

9. Kailis Fish Market Cafe Perth

Kailis Fish Market Cafe menawarkan Fish & Chips yang begitu sedap. Tempat ini juga pernah memenangi anugerah resepi Fish & Chips paling sedap dan resipi ini juga adalah turun-temurun sejak tahun 1928. Di sini juga anda perlu memilih pemandangan yang cantik untuk menikmati sajian sedap ini.

10. Perth Hills

Image via Trails WA

Perth Hills menawarkan pemandangan yang begitu indah di kawasan perkampungan yang terletak kira-kira 45 minit dari bahagian Timur Perth. Jika anda ingin tahu, antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini adalah berkelah, BBQ di Lake Leschenaultia, melawati taman negara dan pergi ke Araluen Botanic Park dan macam-macam lagi. Jangan lepaskan peluang untuk explore alam semulajadi di Perth ya!

11. The Pinnacles

Cantiknya tempat ini! Ha, kalau anda nak tahu, untuk sampai ke tempat ini akan mengambil masa sekitar 3 jam perjalanan dari Bandar Perth dan akan membawa anda ke kawasan padang pasir yang dikenali sebagai The Pinnacles.

Tempat ini terdapat banyak batu-batuan yang besar dan unik, kalau nak tangkap gambar memang sangat cantik! Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk bertemu dengan kanggaru yang dikatakan telah menjadikan kawasan ini sebagai habitat mereka. Menarik bukan?

12. The Lobster Shack

Image via The Urban List

Restoran The Lobster Shack ini menghidangkan menu seperti Lobster, Fish & Chips, ikan grill, burger seafood, salad dan pelbagai lagi pilihan lain untuk anda cuba. Tapi bila anda berada di restoran ini, tak sah kalau tak cuba masakan lobster atau udang kara yang dikatakan begitu terkenal di sini. Memang segar dan juicy sangat!

13. Fishing Boat Harbour

Kawasan perikanan ini wujud sejak tahun 1919. Pemandangan di sekitar Fishing Boat Harbour ini cukup menakjubkan. Anda boleh menaiki bot atau feri yang disediakan ataupun berjalan-jalan di ruang berjalan kaki di atas papan kayu.

Selain itu, anda juga boleh ke The Western Australian Maritime Museum Shipwreck Galleries yang juga terletak di sini. Dengar-dengar menarik, boleh cuba untuk tahu!

14. Scarborough Beach

Scarborough Beach merupakan kawasan pantai yang begitu terkenal dan dikatakan mempunyai tahap kebersihan kawasan persekitaran yang sangat bersih.

Kawasan tanah lapang di sana juga dilindungi oleh pokok rendang berdekatan persisir pantai dan anda boleh berkelah sambil menikmati bayu laut. Memang sangat menenangkan.

15. Fremantle Prison

Image via Hello Perth

Fremantle Prison menempatkan sekitar 15,000 kolekasi yang berkaitan dengan sejarah serta pengalaman pekerja dan semua banduan yang pernah ada di tempat itu. Muzium ini cukup lengkap dengan barangan artifak, transkrip temubual yang disimpan di Fremantle Prison ini. 

Anda juga boleh mendengar rakaman suara banduan, staf dan ramai lagi di Battye Library Oral History Collection. Kalau berani, anda boleh melawat tempat ini.

Menarik sangat semua tempat yang ada di Perth, Australia ini! Jadi, apa tunggu lagi? Book tiket penerbangan untuk ke Perth bersama keluarga yang tersayang jom? ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kalau ingin ke Sydney, boleh check out semua tempat ini!

Kalau ingin bercuti, perlu lebih hati-hati ya! Elakkan kes seperti ini terjadi:

Bawah RM700 boleh travel ke 4 buah negara? Wow, macam mana tu?!

Siapa je tak suka Kashmir kan?

You may be interested in: