9 Tempat Di Malaysia Ala-Ala 'Overseas' Yang Pastinya Memukau. Insta-Worthy Habis!
Fuh, macam bukan Malaysia beb!
Jika anda seorang yang menggemarkan gambar dengan latar belakang yang menakjubkan tanpa perlu pergi travel ke luar negara, jangan risau lagi. Dalam Malaysia pun banyak tempat cantik yang anda perlu explore tau!
Ya, betul! Mungkin anda masih belum habis explore Malaysia lagi. Kalau nak tahu, ada beberapa tempat menarik yang sememangnya Insta-worthy untuk tangkap gambar dan akan membuatkan anda merasa seperti berada di luar negara.
Bukan itu sahaja, semua tempat ini juga boleh digunakan sebagai lokasi untuk anda melakukan sesi fotografi. Memang cantik sangat, teruja kalau tengok dan tahu semua tempat ini sebenarnya hanya di Malaysia.
1. The Banjaran Hotsprings
The Banjaran Hotsprings mengekalkan ciri-ciri ekslusif dan suasana yang ideal bagi setiap pengunjung. Terletak di atas sebuah lembah dengan keluasan 16.19 ekar, ianya juga dikelilingi oleh batu kapur Palezoic yang berusia lebih 260 juta tahun. Anda juga boleh melihat sendiri keunikan dan keistimewaan kejadian batu kapur di negara kita.
Lokasi: 1 Persiaran Lagun Sunway 3, 31150 Ipoh, Perak, Malaysia.
2. Sasaran Beach
Pantai Sasaran mempunyai kesan cermin yang sama seperti lokasi terkenal di Bolivia yang diberi nama Salar de Uyuni. Ianya diliputi oleh lapisan air laut nipis di permukaan pasir rata yang memberi effect cermin semulajadi.
Anda boleh menangkap gambar yang begitu cantik dan kreatif di tempat ini. Namun, fenomena ini akan berlaku ketika masuk bulan baru dan setiap kali bulan purnama ketika paras air begitu sempurna.
Lokasi: Kuala Selangor, Malaysia.
3. Palace of The Golden Horses
Bila anda berada di tempat ini, terasa seperti masuk dalam filem James Bond tak? Bangunan besar Palace of The Golden Horses ini terletak di tempat yang begitu strategik iaitu di tepi tasik seluas 150 ekar dan mempunyai reka bentuk seni bina Moorish dengan gabungan motif Parsi dan Islam. Kalau tengok dari luar, nampak seperti istana yang begitu gah!
Lokasi: Jalan Kuda Emas, Mines Wellness City, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia.
4. Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang
Ramai yang beranggapan seperti berada di New Zeland kalau datang Desa Cattle Dairy Farm di Kundasang Sabah ini. Memang tempat yang sangat menarik dengan pemandangan yang begitu memukau. Rasa macam nak duduk lama je dekat sini, tangkap gambar pun serious lawa gila!
Lokasi: 89308 Kundasang, Sabah, Malaysia.
5. Masjid Kristal
Masjid Kristal ini terletak di kota pesisir Kuala Terengganu iaitu di Taman Tamadun Islam atau lebih dikenali sebagai Islamic Heritage Park di sebuah pulau buatan yang dipanggil Wan Man. Masjid Kristal ini telah dibina pada tahun 2006 sehingga 2008. Masjid ini juga telah dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin pada tarikh 8 Febuari 2008.
Lokasi: Pulau Wan Man, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
6. Clearwater Cave, Gunung Mulu
Clearwater Cave yang berukuran kira-kira 215 km ini adalah gua yang terpanjang di Asia. Jika anda seorang yang adventurous, boleh masuk ke dalam sikit untuk explore apa yang ada di Clearwater. Dinding dan bentuk yang unik gua ini akan membuatkan anda terpesona!
Lokasi: Sarawak, Malaysia.
7. Japanese Village
Tempat ini telah dibina dan direka oleh arkitek yang berasal dari Jepun sendiri dan memberikan suasana seolah-olah anda berada di negara itu.
Dilengkapi dengan Japanese lanterns yang membuatkan tempat ini menjadi tarikan pelancong. Anda juga berpeluang untuk menyewa baju jenis Kimono untuk mendapatkan pengalaman berada di Jepun, best!
Lokasi: Km 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia.
8. Astaka Morocco
Astaka Morocco ini adalah tempat yang paling tepat dan sesuai untuk anda yang sukakan latar belakang dan suasana negara Timur Tengah. Cantik sangat sampai terpegun dengan ukiran dinding dan pintu di sana, siap ada fountain di tengah-tengah yang membuatkan gambar menjadi lebih cantik dan insta-worthy!
Jika anda inginkan tempat untuk wedding photoshoot ataupun pre-graduation photoshoot, bolehlah ke sini. Memang tak rugi! Gambar anda akan memuaskan hati walaupun hanya menggunakan kamera handphone!
Lokasi: Presint 1, 62000 Putrajaya, Malaysia.
9. Colmar Tropicale
Colmar Tropicale terletak di Bukit Tinggi, Pahang. Ia dikenali sebagai French Village yang telah diilhamkan oleh bandar Colmar Timur Laut Alsace di Perancis dengan reka bentuk yang diambil dari kampung-kampung yang berdekatan iaitu Riquewihr, Turckheim dan Kaysersberg.
Bila anda berada di sana, ramai yang percaya tempat itu terletak di Perancis. Sangat unik dan cantik untuk bergambar!
Lokasi: KM 48 Persimpangan Bertingkat, Lebuhraya Karak, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia.
Menarik tak semua tempat di Malaysia ini? Kalau anda masih belum explore semua tempat ini, ajak keluarga dan kawan-kawan untuk pergi dan tangkap gambar sebanyak yang boleh ok! :D