Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Luar Biasa" - Aksi Pasukan Henry Gurney Buat Kawad Backflip Ini Raih Kemenangan, Hebat!

Tahniah! Memang layak menang.

Cover image via @sabah_info (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap kali majlis sukan tahunan di sekolah diadakan, acara kawad kaki merupakan antara acara yang dinanti-nantikan oleh semua orang

Persembahan kawad kaki yang unik daripada pelbagai sekolah yang bertanding membuatkan ramai terpukau melihatnya.

Baru-baru ini, pasukan kawad kaki Sekolah Henry Gurney Keningau telah mencuri tumpuan ramai gara-gara aksi backflip mereka.

Lihat video penuh itu di bawah:

Aksi backflip curi perhatian, terus jadi juara buat ramai bersorak

Menerusi video yang dikongsi oleh @sabah_info, kelihatan pasukan kawad kaki Sekolah Henry Gurney itu sedang melakukan formasi kawad mereka.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila mereka melakukan aksi lain daripada yang lain iaitu dua orang ahli pasukan tersebut membuat backflip semasa ahli lain sedang berkawad.

Aksi tersebut membuatkan para penonton terpukau dan bersorak melihatnya. Lebih mengagumkan lagi, mereka diumumkan menjadi juara pertandingan kawad kaki itu.

Image via @sabah_info (TikTok)

Image via @sabah_info (TikTok)

Image via @sabah_info (TikTok)

"Kalau pokok dan buah sudah rosak, belum tentu akarnya tidak mampu bertunas lagi. Tahniah!" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah mencecah sehingga 4.1M views, 419.1K likes dan 16.9K shares di TikTok, rata-rata netizen turut memuji dan bangga dengan pasukan Sekolah Henry Gurney Keningau itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @sabah_info (TikTok)

Image via @sabah_info (TikTok)

Image via @sabah_info (TikTok)

Image via @sabah_info (TikTok)

Bukan senang nak buat backflip, seragam pula tu kawad diaorang. Tahniah!

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment