"Lucu" - Gelagat Remaja Ini Sambut Mainan Lastik LED Guna Rambut Afro Raih Tawa Ramai
Rambut 'multifunction'.
Style rambut setiap orang tidak sama dan ia akan berubah-ubah mengikut generasi
Keunikan gaya rambut orang dulu-dulu dilihat sangat menarik kerana style rambut panjang pernah menjadi kegilaan dan trend suatu ketika dulu.
Begitupun, baru-baru ini tular satu video berkenaan seorang lelaki berambut afro menangkap mainan lastik lampu LED menggunakan rambutnya raih tumpuan ramai.
Lihat video penuh di bawah:
Selamba guna rambut afro untuk sambut mainan
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @alanyagesya di TikTok, dilihat gelagat seorang lelaki menggunakan rambut afronya untuk menyambut mainan lastik lampu LED di sebuah kawasan rekreasi.
Lebih menghiburkan, rakan-rakannya yang lain juga turut melayan kerenah lucu remaja tersebut dengan menerbangkan lebih banyak mainan lastik lampu LED ke arahnya.
Image via @alanyagesya (TikTok)
Image via @alanyagesya (TikTok)
Image via @alanyagesya (TikTok)
"Pandai kawan kau buat magic bang" - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat remaja berambut afro itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan meraih 192.5K views, 29.2K likes dan 197 shares di TikTok.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @alanyagesya (TikTok)
Image via @alanyagesya (TikTok)
Image via @alanyagesya (TikTok)
Senang nak sorok macam-macam benda dalam rambut :D
Image via TENOR
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment