"Macam Awek Aku" - Aksi Monyet Merajuk Sebab Tak Dapat Capai Roti Ini Raih Tumpuan Netizen
Siap goncang pokok tu, emosi betul.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya, sesetengah orang takut dan akan melarikan diri apabila terjumpa dengan monyet liar
Tetapi, ada juga yang seronok memberikan mereka makanan kerana ingin melihat mereka berebut-rebut seperti makan roti, kacang atau pun pisang.
Namun, lain pula yang terjadi di dalam sebuah video ini apabila seekor monyet merajuk kerana roti yang diberikan kepadanya terjatuh telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Merajuk siap goncang pokok sebab tak dapat roti
Menerusi perkongsian video daripada @hakim_hazly, kelihatan lelaki itu sedang memberikan roti kepada beberapa ekor monyet liar.
Namun semasa dia cuba memberikan sekeping roti kepada salah seekor monyet, roti itu terjatuh gara-gara monyet tersebut tidak dapat mencapainya.
Apa yang lebih menghiburkan adalah monyet itu dilihat seolah-olah merajuk apabila roti diberikan kepadanya semula. Malah, dia menggoncangkan pokok kerana tidak berpuas hati.
Perkara itu membuatkan lelaki berkenaan berdekah dan cuba memberikan roti itu kepada monyet tersebut tetapi dia tidak dilayan.
Image via @hakim_hazly (TikTok)
"Lahhh dia yang salah dia yang stress, macam awek aku bila merajuk" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah berjaya meraih 445.7K tontonan, 84.9K tanda suka dan 2.3K perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat monyet itu yang pandai merajuk seperti manusia. Malah, ramai yang meneka ia betina kerana kuat emosi.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @hakim_hazly (TikTok)
Image via @hakim_hazly (TikTok)
Image via @hakim_hazly (TikTok)
Image via @hakim_hazly (TikTok)
Image via @hakim_hazly (TikTok)
Image via @hakim_hazly (TikTok)
Image via @hakim_hazly (TikTok)
Image via @hakim_hazly (TikTok)
Mengada-ngada betul ya awak Cik Nyet, satu hal pula nak kena pujuk dia :D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment