seismik

Tular Video 2 Gadis Ini Auto Cabut Lari Bila Monyet Ajak Nak Main TikTok Sekali. Lawak!

Baru nak berkawan, dah kena tinggal.

Cover image via @annisadwiatikah2 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

TikTok merupakan aplikasi yang digunakan oleh warganet untuk menghiburkan diri atau menunjukkan bakat

Jika kita lihat, ada saja trend terkini tidak kisahlah tarian, nyanyian atau apa-apa challenge yang muncul di laman For You Page (FYP) aplikasi tersebut.

Jadi, tidak hairanlah kalau kita tengok makin ramai orang yang berbakat dan dikenali di seluruh negara hanya melalui TikTok.

Namun, berbeza pula dengan sebuah video tular ini apabila dua orang gadis terpaksa cabut lari semasa sedang sakan bermain TikTok mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tengah berTikTok, tiba-tiba ada monyet nak join sekali

Menerusi video daripada @annisadwiatikah2, kelihatan dia dan kawannya sedang bermain TikTok di halaman rumah mereka.

Namun belum sempat buat apa-apa, tiba-tiba muncul seekor monyet di belakang mereka seperti ingin join sekali. Mereka berdua kemudian pantas mencabut lari akibat takut dikejar monyet itu.

Apa yang lebih menghiburkan adalah monyet berkenaan pergi ke arah kamera dan memegang telefon mereka sebelum ia terjatuh. Kemudian, monyet itu mengambil semula telefon sebelum menghentikan rakaman.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sehingga 20.8M views, 3.4M likes dan 86.6K shares di TikTok

Rata-rata warganet turut terhibur melihat aksi dua gadis itu yang cuak selepas melihat monyet itu. Malah, ada yang berkata monyet itu hanya ingin berTikTok bersama mereka tetapi belum apa-apa mereka dah cabut lari.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Kesian cik nyet kena tinggal, macam manalah diaorang ambil balik phone tu ya?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: