Kongsi Video Makan Habis Sampai Lebih RM5K, Wanita Ini Ditegur Netizen Jangan 'Show Off'
Mahalnya!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kadangkala, menikmati makanan di restoran mahal bersama keluarga atau kawan-kawan itu perlu
Bukan apa, kita kena juga reward diri sendiri setelah penat bekerja mencari duit. Sekali sekala nak merasa makanan mahal apa salahnya kan?
Tetapi, lain pula yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila video perkongsiannya makan di sebuah restoran mahal hingga mencecah RM5,000 dipertikai oleh netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Rezeki dapat makan daging Wagyu berharga lebih RM4,000, tapi ditegur netizen jangan menunjuk
Menerusi video yang dimuat naik oleh @miznur888 dengan kapsyen "syukur Alhamdulillah untuk rezeki", kelihatan dia dan keluarganya pergi makan di sebuah restoran N97 Bangsar.
Apa yang menarik adalah restoran itu terkenal dengan daging Wagyu yang berharga lebih RM4,000. Itu menyebabkan harga keseluruhan makanan yang dipesan menjadi RM5,281.50.
Namun begitu, niatnya disalah anggap oleh sesetengah netizen dan dia telah ditegur supaya jangan menunjuk harga makanan itu kerana boleh jatuh riak.
"Perlu ke tunjuk harga tu? Bersyukur jelah dapat makan makanan mahal" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat hampir 120K views, 3.2K likes dan 155 shares di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen berpendapat wanita itu sengaja ingin menunjuk dia makan di tempat mahal dan ada yang berkata dia tidak perlu menayang harga bilnya. Malah, ada yang merasakan itu satu pembaziran.
Tetapi, ada juga yang berfikiran positif dan berpendapat agar lebih baik kita menumpang gembira melihat kesenangan orang lain dan berdoa satu hari nanti kita mampu seperti itu.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Kalau kita fikir baik, baiklah jadinya. Kalau kita fikir negatif, buruklah jadinya. Apa-apa pun lain orang lain rezeki :)