seismik

[VIDEO] Tengah Syok Ajar Menulis, Sekali Cikgu Ini Terduduk Bila Murid Mengata Depan-Depan

Selamba je dia buat ayat sambungan tu ya.

Cover image via @cikguayu_imtecer (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Profesion sebagai seorang cikgu sudah tentu banyak cabarannya

Tidak kiralah sama ada mengajar murid tadika, sekolah rendah, mahu pun sekolah menengah, sudah pasti ia bukan proses yang mudah.

Sebagai seorang pendidik, setiap cikgu haruslah bersabar dengan karenah anak murid yang bermacam-macam ragam.

Sama seperti satu video tular di TikTok ini apabila seorang cikgu terduduk gara-gara mendengar anak murid mengatanya depan-depan mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tengah mengajar cara menulis, sekali terus terduduk bila anak murid bagi ayat 'deep'

Menerusi video yang dimuat naik oleh Cikgu Ayu dengan kapsyennya "gelagat anak pra", kelihatan dia ketika itu sedang mengajar murid-muridnya untuk menulis dengan betul dengan memberikan formula.

Semasa menulis huruf B kecil, Cikgu Ayu mengajar garis huruf itu sebagai tiang lampu dan bulat sebagai perut buncit. Dia siap mengajar secara bernada supaya anak muridnya lebih cepat faham dan ingat.

Tetapi apa yang menghiburkan adalah sebaik saja mereka menyebut perut buncit, salah seorang anak muridnya pantas menyambung "macam cikgu".

Cikgu Ayu terus terdiam dan terduduk mendengar ayat yang keluar daripada mulut anak muridnya itu. Kemudian dia tergelak dan berkata "perut buncit je, tak ada macam cikgu, sampainya hati".

"Hahaha savage la dik! Adoi anak murid pun, lawak sungguh" - Netizen

Disebabkan gelagat anak muridnya yang berjaya mencuri perhatian ramai, video Cikgu Ayu tular sehingga meraih 6.7M views, 489.8K likes dan 32.7K shares di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut dan tidak menyangka ayat spontan yang keluar daripada mulut anak muridnya boleh buat sampai cikgu terduduk.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bertabahlah ya cikgu, yang penting cikgu fun dan sempoi layan je karenah murid :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: