Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Macam Dalam Kondo" - Cikgu Kreatif Hias Bilik Majalah Sekolah Ini Raih Perhatian Ramai

Wow, cantik dan kemas!

Cover image via @sir_koja (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjadi seorang guru sememangnya bukan mudah. Di samping perlu memastikan anak murid berjaya dalam pelajaran, guru juga harus memikirkan cara untuk menaikkan semangat mereka ke sekolah.

Jika zaman dulu, kebanyakan guru memang garang dengan anak murid sehingga menyebabkan segelintir mereka lebih memilih untuk ponteng kelas kerana tidak gemar dengan cara cikgu tersebut.

Tetapi, berbeza dengan cara guru zaman sekarang mendidik dan menarik perhatian pelajar untuk ke sekolah dengan rasa gembira dan tidak terpaksa.

Seperti inisiatif yang dilakukan oleh seorang cikgu ini yang menghias bilik majalah sekolah telah mencuri tumpuan ramai baru-baru ini.

Lihat video itu di bawah:

Kreatif hias bilik majalah dan beberapa ruangan lain di sekolah

Menerusi perkongsian video daripada @sir_koja, kelihatan cikgu lelaki itu membuat tour di dalam bilik majalah sekolahnya.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah sebaik saja berada di hadapan pintu dan memasuki bilik berkenaan, ia dihiasi dengan pelbagai perabot serta dekorasi persis seperti kediaman kondominium.

Kelihatan di dalam bilik majalah tersebut rak berwarna putih yang disusun sepanjang kawasan dinding, sofa bersaiz kecil serta ruangan membuat air yang diletakkan bersama mesin pembuat kopi.

Selain bilik majalah, guru itu juga menghiasi beberapa ruangan lain di sekolah berkenaan seperti bilik kesihatan, perpustakaan, koperasi, bilik SPBT dan sebagainya.

Lihat video lain di bawah:

"Masha-Allah, cantiknya nampak kemas dan bersih" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 48.7K likes dan 1.5K shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terpegun dengan hasil kreativiti cikgu tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @sir_koja (TikTok)

Image via @sir_koja (TikTok)

Image via @sir_koja (TikTok)

Terus berwajah baru, tak macam dalam sekolah. Terbaiklah cikgu!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment