Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Macam Scene Lagi-Lagi Senario!" - Lihat Kehebatan Remaja Ini Tebar Roti Canai Terbang

Ini baru betul practice makes perfect. Effort 10/10!

Cover image via @facktura (Twitter)

Selalunya kita tengok orang tebar roti canai nampak macam senang, tetapi sebenarnya ia tak semudah yang disangka

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter tentang kisah remaja lelaki yang merupakan seorang penebar roti canai.

Menerusi kapsyennya, "Mad respect to this gentleman and his skills," telah berjaya menarik perhatian ramai.

Video tersebut menunjukkan remaja lelaki bernama Muiz Ruzaini berkongsi perjalanannya sebelum menjadi penebar roti canai profesional.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Hebat bukan? Siapa sangka dulu hanya berangan nak jadi penebar roti canai terbang, sekarang angan-angan sudah pun menjadi kenyataan

Bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan. Menurut Muiz, pada mulanya dia selalu cuba untuk tebar roti canai tetapi tak pernah menjadi.

Selepas itu, dia pasang niat dan berlatih setiap masa dengan menggunakan kain untuk bagi tangannya lembut ketika menebar.

Ternyata tak sia-sia niat dan usaha Muiz berlatih tak kira tempat dan masa, dia akhirnya berjaya capai impiannya selama ini.

"Saja join satu pertandingan ni dekat Menara Alor Setar. Dan akhirnya, JOHAN," katanya.

Susulan tularnya video itu yang kini mendapat lebih 12,000 retweet dan lebih 22,000 tanda suka di Twitter, netizen teringat scene Wahid dalam telefilem Lagi-Lagi Senario

Image via @isthisloki (Twitter)

Siapa je yang tak pernah tengok telefilem popular pada tahun 2001 itu kan? Pendek kata, semua nak belajar tebar roti canai selepas tengok cerita Lagi Lagi Senario.

Begitu juga dengan komen-komen yang menghiburkan daripada netizen di video Muiz, di mana mereka teringat babak ketika Wahid dan Saiful Apek tebar roti canai dalam telefilem tersebut.

Rupa-rupanya, skill tebar kain yang Muiz buat sama seperti babak Wahid tebar baju dalam tandas. Bermakna, memang berkesan lah skill yang dipraktikkan Muiz itu.

Dalam pada itu, ramai juga yang memuji usaha dan bakat Muiz sebab dia tidak berputus asa untuk menjadi penebar roti canai terbang yang hebat.

Antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Image via @facktura (Twitter)

Image via @facktura (Twitter)

Image via @facktura (Twitter)

Image via @facktura (Twitter)

Image via @facktura (Twitter)

Image via @facktura (Twitter)

Image via @facktura (Twitter)

Image via @facktura (Twitter)

Image via @facktura (Twitter)

Image via @facktura (Twitter)

Image via @facktura (Twitter)

Image via @facktura (Twitter)

Image via @facktura (Twitter)

Image via @facktura (Twitter)

Image via @facktura (Twitter)

Semoga apa yang diterapkan Muiz Ruzaini dapat dijadikan inspirasi buat anda semua. Effort is the key!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment