"Macam Sinetron" - Wanita Kongsi Perangai Bibik Buat Hal Ini Buat Ramai Boleh Relate
Trauma dia nak hire bibik.
Keluarga yang sibuk dengan pekerjaan sudah pasti akan mengupah pembantu rumah untuk menguruskan kerja-kerja di rumah
Tugas seorang pembantu rumah atau dipanggil bibik ini bergantung kepada tuan rumah itu masing-masing. Namun, kebiasaannya adalah mengurus rumah, membersihkan kawasan rumah, mencuci baju, menjaga anak dan masak untuk tuan rumah.
Baru-baru ini, tular sebuah posting di Twitter yang memaparkan seorang wanita berkongsi kisah pembantu rumahnya telah mencuri tumpuan.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Banyak pengalaman buruk dengan bibik dari Indonesia
Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang wanita berkongsi pengalaman buruknya sepanjang mengenali bibiknya.
Untuk bibik yang pertama, dia tiba-tiba sakit kaki pada hari kelima sehinggakan ejen pembantu rumah terpaksa menyelesaikan masalah mereka. Bibik itu menangis kerana sakit kaki akibat banyak naik turun tangga.
Image via @jiaohjia (Twitter)
Bibik yang kedua pula agak curi tulang kerana tidak membersihkan backsplash dapur selepas disuruh berkali-kali.
Image via @jiaohjia (Twitter)
"Sebab tu my dad pegang passport and card bank diorang. Tak buat kerja, deduct, except sakit. Cuti weekend je, merayau lah kau ke mana asalkan kau tak pergi club. Satu kerja karang nak bail" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 3.6M views, 4K reposts dan 8K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Image via @jiaohjia (Twitter)
Image via @jiaohjia (Twitter)
Image via @jiaohjia (Twitter)
Aduhai, macam-macam pula perangai ya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment