"Macam Waterpark" - Sampai Basah Lencun, Netizen Kecam Parents Bagi Anak Mandi Di TRX Mall
Bagaimanapun, TRX menjelaskan taman itu merupakan salah satu tempat sensory water play area untuk kanak-kanak.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum sedia maklum, pusat beli-belah baharu, The Exchange TRX telah dibuka untuk orang ramai beberapa hari lalu
Dengan lebih 500 outlet kedai, shopping mall baru ini sekali gus menjadi tarikan terkini buat pelancong yang bercuti di Kuala Lumpur. Reka bentuk bangunan yang menarik serta pelbagai kemudahan juga menjadikan TRX Mall sesuai untuk kunjungan seisi keluarga.
Namun, baru-baru ini tular pula sebuah video memaparkan ramai kanak-kanak bermain di taman outdoor TRX sehingga basah lencun telah mencetuskan perdebatan orang ramai.
Image via @facktura (X)
Image via @facktura (X)
Ramai kutuk ibu bapa tak ada common sense biar anak main air, tapi pihak TRX pula tampil beritahu tujuan taman itu dibina adalah khas untuk sensory water play kanak-kanak
Menerusi video yang dimuat naik oleh @facktura, kelihatan orang ramai membawa anak memenuhi taman outdoor di bahagian atas bangunan TRX tersebut.
Apa yang mencetuskan bualan ramai adalah apabila terdapat segelintir individu kurang bersetuju dengan kanak-kanak di situ bermain air sehingga menyamakan tempat itu seperti waterpark.
Ada juga yang mengutuk tindakan ibu bapa membiarkan saja anak mereka bermain air di taman tersebut sekali gus mengganggu pemandangan orang lain.
Namun begitu, sebuah lagi ciapan menunjukkan tangkap layar pihak TRX membalas soalan seorang wanita bernama @sueannajoe_ berkenaan sama ada kanak-kanak dibenarkan untuk bermain di situ ataupun tidak.
Image via @sueannajoe_ (X)
Sementara itu, tinjauan di thread mendapati ada netizen yang mengkritik dan ada juga yang menyokong tindakan ibu bapa di dalam video tersebut
Image via @facktura (X)
Image via @facktura (X)
Image via @facktura (X)
Image via @facktura (X)
Image via @facktura (X)
Image via @facktura (X)
Lihat video itu di bawah:
Walau bagaimanapun, kami difahamkan kanak-kanak tidak boleh berendam di bahagian sensory water play berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via googleapis.com
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment