Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Majikan Perniagaan Kecil Akui Bergelut Selepas Gaji Mininum Baharu RM1,700 Berkuat Kuasa

Majikan diwajibkan mematuhi Perintah Gaji Minimum memastikan pekerja menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.

Cover image via Astro Awani True Commerce

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Peniaga-peniaga kecil akui bergelut menghadapi tekanan kos pekerja yang lebih tinggi selepas kadar gaji minimum baharu berkuat kuasa 1 Februari

Menerusi laporan New Straits Times, seorang pengarah pengurusan, K. Muniady mendedahkan firma perunding kecilnya yang menggajikan lebih daripada lima pekerja bergelut apabila gaji bulanan syarikat dijangka meningkat manakala pendapatan bulanannya tidak berubah.

"Kami tidak mampu untuk menyerapnya (peningkatan kadar gaji baharu), jadi secara semulajadi, harga perkhidmatan kami akan meningkat, tetapi dengan kemelesetan ekonomi sekarang adakah pelanggan sanggup membayarnya?

Menurutnya, terdapat keperluan untuk campur tangan daripada kerajaan, sama ada dalam bentuk insentif cukai, subsidi gaji, atau moratorium pematuhan.

"Mustahil untuk mengelak kesan yang melata, dengan kenaikan harga melanda pengguna. Faktor lain yang perlu dipertimbangkan adalah kadar itu hanya melebihi sedikit gaji minimum baharu. Mereka tidak akan melihat peningkatan dalam pendapatan tetapi melihat adanya peningkatan kos.


"Ini adalah tamparan yang berganda, gaji lebih tinggi untuk sesetengah orang tetapi perbelanjaan lebih tinggi untuk semua,"
tambahnya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via spring GLOBAL

Kenaikan kadar gaji minimum baharu ini dikatakan boleh menjejaskan perniagaan peniaga kecil

Bagi pengendali sebuah spa di Johor, Rohani Saad berkata walaupun perniagaan meningkat pada hujung minggu, kehadiran pelanggan pada hari bekerja kekal perlahan.

"Walaupun kami beroperasi tujuh hari seminggu, pendapatan tetap tidak stabil. Kebanyakan pelanggan kami adalah warga Singapura yang datang pada hari Sabtu dan Ahad.

"Membayar gaji yang lebih tinggi apabila hasil keuntungan tidak menentu menyebabkan kelangsungan perniagaan yang tidak menentu.

"Dengan keadaan ekonomi sekarang, membayar RM1,700 untuk setiap pekerja adalah sukar, spa-spa lain yang baru dibuka di Johor Bahru hampir setiap hari menarik rakyat Singapura menjadikan persaingan sengit, kenaikan gaji ini akan menjejaskan perniagaan kami dengan teruk," katanya.

Lapan therapists spa miliknya di dua cawangan di Angsana Mall dan Larkin sebelum ini memperoleh gaji pokok RM1,500 dengan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), juga menerima komisen dan tip.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment