Majlis Bandaraya Seremban Bertindak Cabut Pintu Penyewa Di PPR Lepas Tunggakan Lebih RM15K
Tindakan itu diambil terhadap penyewa yang mempunyai tunggakan sewa RM15,000 ke atas.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mengambil tindakan berbeza dengan menanggalkan tiga pintu di kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah kendaliannya yang dihuni penyewa culas baru-baru ini
Menerusi kenyataan di Facebook, Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri Razali berkata, tindakan berkenaan diambil terhadap penyewa yang mempunyai tunggakan sewa RM15,000 ke atas.
Operasi tunggakan sewa itu telah dijalankan di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi pada 12 Disember yang lalu dengan melibatkan ahli majlis kawasan, pegawai-pegawai MBS terdiri daripada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan serta Jabatan Penyelenggaraan. Ia turut dibantu oleh anggota polis daripada Balai Polis Paroi.
Mengulas lebih lanjut, katanya MBS sentiasa memberi peluang dan membantu pelbagai kaedah supaya penyewa yang mempunyai tunggakan dapat menjelaskan bayaran sewa.
Image via Majlis Bandaraya Seremban (Facebook)
Image via Majlis Bandaraya Seremban (Facebook)
Image via Majlis Bandaraya Seremban (Facebook)
Pihaknya tegas dalam melaksanakan aku janji antara penyewa yang mempunyai tunggakan melebihi RM15,000 ke atas untuk menjelaskan bayaran tunggakan secara ansuran bermula Januari tahun lalu.
"Namun penyewa masih gagal mematuhi perjanjian itu sehingga MBS mengeluarkan Notis Penamatan Perjanjian melalui surat bertarikh 30 November lalu," katanya.
Walau bagaimanapun, MBS masih membenarkan penyewa yang mempunyai tunggakan bayaran sewa untuk tinggal di rumah tersebut buat sementara waktu.
Namun, MBS telah mengambil tindakan menanggalkan semua pintu di rumah terlibat supaya penyewa segera menjelaskan tunggakan.
"Daripada penyewa-penyewa terlibat, 2 daripada penyewa berkenaan telah menjelaskan bayaran tunggakan yang berjumlah RM23,560.00 supaya dapat meneruskan sewaan di PPR berkenaan.
"MBS akan meneruskan operasi ini secara berkala dari semasa ke semasa dan MBS meminta penyewa di rumah PPR Paroi dan PPRT Lobak menjelaskan bayaran sewaan mengikut masa yang telah ditetapkan," jelasnya.
Image via Majlis Bandaraya Seremban (Facebook)
Image via Majlis Bandaraya Seremban (Facebook)
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment