Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Mak Cik Ni Eminem Ke" - Disoal Siasat Dengan Auntie, Pemuda Ini Terkedu Kena Mengurat

Laju betul auntie ni tanya.

Cover image via @azdfreedom (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi kaum wanita, kena mengurat dengan kaum lelaki itu adalah satu perkara biasa betul tak?

Lagi pun memang sifat lelaki biasanya akan mengurat terlebih dahulu berbanding wanita. Namun, di zaman sekarang, bukan hanya lelaki saja memulakan langkah tetapi bagi kaum wanita juga.

Ramai sebenarnya diluar sana yang mengambil langkah berani untuk mengurat lelaki yang diminati mereka. Tak salah pun sebenarnya. Itu semua atas keberanian diri masing-masing.

Agak berbeza dengan video di TikTok ini apabila seorang pemuda berkongsi situasi semasa dia kena mengurat dengan seorang auntie telah menarik perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Duduk tepi jalan seorang, sekali tak sangka kena 'mengurat' pula

Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu pemuda berkenaan sedang duduk seorang diri di tepi jalan.

Namun, tiba-tiba muncul seorang auntie yang kemudian berhenti di depannya dan menanyakan beberapa soalan. Antara soalannya adalah "awak sudah kahwin ke?, umur berapa, seorang saja ke di sini".

Pertanyaan itu ternyata telah membuatkan pemuda itu seperti terkedu dan hanya menjawab saja semua pertanyaannya. Lebih menghiburkan lagi, pertanyaan auntie itu sangat laju kerana bertanya tanpa henti.

Image via @azdfreedom (TikTok)

"Hahaha bertubi-tubi soalan dia, betul nak berkenalan tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan menyifatkan dia memang nak berkenalan dengan pemuda itu kerana bertanyakan soalan tanpa henti.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 492.7K views, 38.6K likes dan 1,316 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @azdfreedom (TikTok)

Image via @azdfreedom (TikTok)

Image via @azdfreedom (TikTok)

Image via @azdfreedom (TikTok)

Image via @azdfreedom (TikTok)

Dia memang berminat nak kenal dengan abang tu, macam-macam soalan tanya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment