seismik

"Baru Betul Ikut Tema Red Carpet" - Lelaki Siap Pakai Karpet Pada Badan Ini Jadi Perhatian

Style lah bang.

Cover image via @4zjee (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti kita pernah hadir atau melihat pelbagai jenis fesyen di acara karpet merah betul tak?

Karpet merah ini akan menonjolkan lagi penampilan seseorang itu ketika hadir di majlis berkenaan. Jadi, macam-macam jenis fesyen kita boleh lihat. Malah, yang rare pun ada tau.

Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang lelaki mengenakan pakaian 'karpet' di badannya ketika menghadiri sebuah majlis makan malam telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Tampil dengan imej lain daripada yang lain

Menerusi video tersebut, kelihatan pemuda itu dilihat tampil di karpet merah dengan mengenakan fesyen yang sangat 'rare'.

Dia dilihat menyarung karpet kecil berwarna merah pada badannya. Difahamkan, ia kerana dia kusut memikirkan busana apa yang mahu dipakai untuk menikut tema majlis tersebut.

Malah, dia juga dilihat sempoi membuat persembahan nyanyian dalam busananya itu dengan penuh konfiden.

Image via @4zjee (TikTok)

"Ini baru mengikut tema. Tahniah" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kreativiti pemuda tersebut yang tampil dengan fesyen out of box.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 270.1K views, 16.3K likes dan 635 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @4zjee (TikTok)
Image via @4zjee (TikTok)
Image via @4zjee (TikTok)
Image via @4zjee (TikTok)

Kreatif betul abang ni, first time min tengok orang pakai karpet dekat badan :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: