[VIDEO] "The Crab Is Screaming & Crying" - Mak Gaduh Dengan Ketam Sebelum Nak Masak
Dengan ketam pun nak gaduh!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Selepas balik daripada grocery shopping, sudah semestinya kita keluarkan barangan basah untuk dibasuh
Selepas dibasuh, barulah sedia untuk dimasak. Contoh barangan basah termasuklah ayam, daging, makanan laut seperti ikan, udang, ketam dan sotong.
Tidak terkecuali dengan seorang wanita yang ingin membasuh dan memasak ketam di dapurnya namun dia mendapati bahawa ketam itu masih lagi hidup. Tular video berkenaan wanita tersebut bergaduh dengan ketam yang telah menjadi tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Mak bukan sahaja garang dengan anak-anak, garang dengan ketam juga
Video berkenaan dimuat naik oleh @lilyduncare yang dikenali sebagai anak kepada wanita tersebut.
Apa yang membuatkan video ini tular ialah wanita yang digelar mak itu memarahi ketam sambil mengetuk-mengetuk ketam tersebut dengan penyepit.
Wanita itu tidak berhenti memarahi dan mengetuk ketam berkali-kali. Sehinggakan ketam itu respon dengan pelbagai reaksi seolah-olah ingin membalas balik perbuatan mak tersebut.
Image via @lilyduncare (TikTok)
Image via @lilyduncare (TikTok)
Image via @lilyduncare (TikTok)
"Spongebob Squarepant deleted scene - Netizen"
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mencecah sehingga 220K likes, 3K comments dan 3K shares di TikTok.
Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati sesetengah netizen terhibur dengan aksi mak tersebut. Selain itu, terdapat juga netizen yang merasa kesian kepada ketam itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @lilyduncare (TikTok)
Image via @lilyduncare (TikTok)
Image via @lilyduncare (TikTok)
Image via @lilyduncare (TikTok)
Lain kali pastikan ketam itu dah takda nyawa baru beli. Tak baik ketuk-ketuk ketam tau! :D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment