Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Makan Dengan Hantu" - Tular Kedai Makan Di Gombak Ini Dihiasi Pelbagai Jenis Patung Seram

Rasa macam ada yang teman makan.

Cover image via @themekpah.16 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kini, ramai yang mula mengambil inisiatif untuk menghias kedai mereka dengan pelbagai tema yang unik

Perkara tersebut boleh menarik perhatian ramai lagi pelanggan kerana keunikan tema yang dipaparkan setiap kedai. Biasalah, zaman sekarang semuanya nak luar biasa dan Instagrammable. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan kedai yang dihiasi dengan pelbagai jenis hantu telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Makan Char Kuey Teow dengan dihiasi pelbagai hantu

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan gadis sedang menuju ke sebuah restoran yang berada di Gombak.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila kedai makan Char Kuey Teow itu dihiasi dengan pelbagai jenis hantu. Ada pocong, pontianak, bunian, penanggal dan lain-lain.

Pelanggan yang makan di sana rasanya seperti makan bertemankan makhluk ghaib. Rasa bertukar alam!

Lihat video sambungan penuh itu di bawah:

"Sekali ada yang real, mau lari tak cukup tanah" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja dengan hiasan dan konsep kedai itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 472K tontonan, 60K tanda suka dan 2K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @themekpah.16 (TikTok)

Image via @themekpah.16 (TikTok)

Image via @themekpah.16 (TikTok)

Image via @themekpah.16 (TikTok)

Bayangkan kalau ada yang betul, seram woi!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment