MakCik Travels Tawarkan Perkhidmatan Hantar Warga Emas Ke Pusat Pemberian Vaksin. Padu!
Bukan saja PPV, sebut saja destinasi yang dikehendaki.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Disebabkan sekatan pergerakan penuh telah dilaksanakan oleh kerajaan, pasti ramai yang terkesan terutamanya golongan warga emas
Sebagai contoh, anak-anak tidak dapat rentas daerah atau negeri untuk menjaga atau menemani ibu bapa mereka untuk mengambil suntikan vaksin. Bukan itu saja, golongan ini juga sukar untuk membeli barangan keperluan. Pergerakan mereka amatlah terbatas.
Oleh itu, wujudnya perkhidmatan Makcik Travels adalah untuk memudahkan golongan warga emas bergerak antara satu tempat ke tempat yang lain dengan ditemani oleh pengiring.
Image via Makcik Travels (Facebook)
Pengiring wanita yang berkaliber akan membawa ibu anda ke destinasi yang dikehendaki
Makcik Travels menawarkan perkhidmatan untuk wanita, kanak-kanak, warga emas dan warga berkeperluan khas.
Dalam perkhidmatan ini, anda akan diiringi oleh seorang wanita yang akan memandu dan membawa anda ke destinasi tertentu.
Harga yang berbaloi juga ditawarkan dalam pakej companion service iaitu RM50 selama 2 jam.
Image via Makcik Travels (Facebook)
Berikut merupakan protokol baru MakCik Travels ketika PKP 3.0
Perkhidmatan ini tersedia jika kawasan anda mempunyai AdiNita (pengiring). Setakat ini, perkhidmatan ini tersedia di Kuala Lumpur, Selangor, Taiping, Alor Setar dan Skudai, Johor.
Image via Makcik Travels (Facebook)
Dalam pada itu, perkhidmatan ini telah menerima feedback yang bagus
Image via MakCik Travels
Best kan ada service macam ni? Anak-anak tak perlu risau lagi walaupun berjauhan! :D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment