seismik

"Apa Salah Dia?" - Aksi Abang Rider Tampar Mannequin Di UNIQLO Buat Netizen Tertanya-Tanya

"Maybe sebab tak pakai mask" - Netizen

Cover image via @mdsyahmiiiii (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Khidmat penghantaran atau rider sememangnya telah memudahkan urusan orang ramai

Bukan saja hantarkan makanan untuk kita, taoi kini mereka boleh belikan groceries dan pelbagai barang harian yang diperlukan. Pekerjaan sebagai rider ini tidaklah mudah dan perlu kita hargai pengorbanan mereka ketika menghantar pesanan. 

Baru-baru ini tular video lucu daripada TikTok yang memaparkan abang rider menampar mannequin di sebuah kedai baju mencuri tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pandang atas bawah kemudian tampar mannequin

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mdsyahmiiiii di laman TikToknya, kelihatan seorang abang rider sedang bersiar-siar di kedai baju UNIQLO. 

Apa yang lebih melucukan apabila langkahnya terhenti di hadapan sebuah patung mannequin lalu dia pandang atas bawah berkali-kali. Kemudian, dengan selambanya dia menampar mannequin tersebut sebanyak dua kali.

"Kalau dia stay lama sikit, maybe patung tu kena smackdown" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen turut terhibur dengan aksi abang rider tersebut. Malah, ada yang pelik tertanya-tanya kenapa abang itu berbuat demikian. Kemudian, ramai yang membuat spekulasi masing-masing terhadap rider itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu meraih sebanyak 467K views, 55K likes dan 1K comments di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Alahai, nampak sangat stress betul tu ya bang! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: