seismik

[VIDEO] Punyalah 'Confident' Siap Posing Bawa ABC, Sekali Aiskrim Jatuh Depan Mata

Sebagai kawan yang baik, kita gelakkan dulu kan?

Cover image via @tehtertarik_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai seorang pelajar, pasti zaman sekolah dulu dipenuhi dengan masa bersama rakan-rakan

Kawan sekolahlah yang paling kita rapat sampai sekarang bukan? Mana tidaknya, zaman sekolah dulu bukan saja sentiasa lepak sama-sama, study group pun sama, kelas pun sama.

Baru-baru ini tular video throwback seorang pelajar perempuan membeli ABC dan aiskrimnya tertumpah sewaktu dia study group dengan rakannya mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@tehtertarik_

lain kli bawak jgn confident eh @norsheilanurdin #fyp #theninjaz #tehhooyah

original sound - . - .

Dengan penuh yakinnya posing dengan ABC, sekali malu bila aiskrim tumpah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @tehtertarik_ di laman TikToknya, kelihatan mereka sedang buat study group di medan selera. 

Apa yang lebih menarik apabila seorang perempuan dilihat memesan ABC untuk dimakan bersama. Pelajar perempuan itu dengan confidentnya mengangkat ABC tersebut dan posing sambil berjalan menuju ke meja mereka. 

Tidak lama kemudian, aiskrim atas ABC tersebut tumpah lalu mengundang gelak ketawa rakan-rakannya. Tambahan lagi, situasi jadi lebih kelakar apabila pelajar itu terus selamba menyalahkan lelaki yang membuat ABC akibat letak aiskrim senget. 

"Yang penting study 5 minit, makan 1 jam" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut. Malah, ada yang tak puas hati mengapa mereka salahkan lelaki. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 746K views, 58K likes dan 1K comments di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok: 

Apa-apa pun, gelak sakan dengan kawan-kawan yang paling kita rindu kan? :'(

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: