Malas Nak Pergi Spa? Ini Tips Paling Mudah Untuk Kilatkan Kuku Dengan Cara Tradisional
Bahan-bahan ni pun semua ada dekat rumah, senang nak buat!
Dalam penjagaan dan kebersihan diri, kuku merupakan antara anggota badan yang kurang dititikberatkan oleh ramai orang
Image via GIPHY
Ramai yang kurang menjaga kuku dan tidak kisah pun jika kuku mereka tidak berkilat. Selalunya, kita akan pergi membuat manicure dan dan pedicure di salon atau spa.
Tetapi, tahukah anda bahawa sebenarnya ada cara yang sangat mudah untuk mengilatkan kuku tanpa perlu mengeluarkan duit yang banyak?
Jom kita lihat apa bahan-bahan yang boleh digunakan sebagai pengilat kuku di bawah:
1. Ubat gigi
Image via Vocket
Ramai yang mengatakan ubat gigi mampu mengilatkan kuku dengan cepat. Caranya adalah hanya perlu sapukan ubat gigi di atas kuku selama 15 minit. Kemudian, basuh dan lap sehingga bersih. Kalau nak lagi berkilat, sapukan olive oil. Kuku anda akan nampak bersinar dan tangan pun akan lembut.
2. Bawang putih
Image via Astronauts.id
Wah, seriuslah guna bawang putih pun boleh? Caranya mudah saja, kupas kulit bawang putih dan bersihkannya. Kemudian, tumbuk sehingga lumat dan gosokkan bawang putih tadi ke atas kuku. Biarkan selama beberapa minit dan lepas itu cuci dengan air sehingga bersih. Mengikut kajian, bawang putih boleh menguatkan struktur kuku dan baik dalam mengatasi masalah kuku mudah rapuh.
3. Limau nipis
Image via New Malaysian Kitchen
Haa, tipulah kalau dekat dapur tak ada limau nipis ni kan? Selain digunakan sebagai bahan masakan, anda juga boleh guna untuk mengilatkan kuku. Anda hanya perlu potong limau nipis kepada dua bahagian. Gosokkan ke atas kuku serta biarkannya selama beberapa minit. Kemudian barulah dibilas dengan air. Lepas ini confirm kuku anda sentiasa cantik dan sihat!
4. Kulit tembikai
Image via CARI Infonet
Percaya atau tidak, kulit buah tembikai boleh memberikan kesan kuku yang lebih berkilat dan bersih tau. Caranya adalah dengan menggosok kulit buah tembikai ke atas permukaan kuku. Kemudian biarkan ia mengering. Selepas itu, cuci dengan air sehingga bersih. Mudah je kan?
5. Belimbing buluh
Image via Kebuna Putrajaya
Tips untuk mengilatkan kuku dengan cara ini adalah gosok buah belimbing buluh terus ke atas permukaan kuku. Selepas itu, rendam kuku di dalam air suam yang telah dicampur garam untuk hasil yang lebih efektif. Akhir sekali, biarkan ia kering dengan sendiri. Anda akan nampak kesan kuku yang lebih berkilat.
Wah, mesti ramai yang baru tahu rupa-rupanya banyak bahan boleh digunakan untuk kilatkan kuku ini kan? Tunggu apa lagi? Jom cuba sekarang!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment