seismik

Muka Nampak Sembab & Kusam Sebab Eyebag Berkilo? Ini 5 Tips Mudah Untuk Hilangkannya

Jom cuba tips ni!

Cover image via Sentiasa Panas & Pasar

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Masalah eyebag di bawah mata sering terjadi dalam kalangan wanita

Selain menangis, eyebag juga berpunca daripada tabiat susah tidur, tekanan, alahan, faktor keturunan, water retention dan sebagainya.

Kehadiran eyebag ini sedikit sebanyak menjejaskan emosi kita terutamanya apabila ingin berdepan dengan orang ramai.

Kali ini, admin nak kongsikan lima tips mudah untuk anda hilangkan masalah eyebag ini. Mana tahu berkesan kan? Jom lihat tips di bawah!

1. Timun

Image via Jiwa Sihat

Ini adalah tips yang paling mudah. Pasti di dalam peti ais rumah anda ada timun yang belum dipotong kan? Hiris timun menjadi kepingan bulat kemudian letakkan di kawasan eyebag selama 15 minit. Petua ini boleh dilakukan setiap hari dan ia juga bagus untuk merehatkan mata yang pedih.

2. Kentang

Image via Pasar

Kentang mengandungi enzim yang membantu untuk mencerahkan kulit wajah. Cara menggunakannya adalah cuci kentang dan hiris kepada beberapa keping. Tekapkan hirisan kentang di bahagian eyebag selama 10 hingga 20 minit sama ada sebelum atau selepas tidur.

3. Uncang teh

Selepas merendam teh, uncangnya jangan dibuang. Basuh sampai bersih dan sejukkan di dalam peti ais selama 10 hingga 15 minit. Kemudian, tekapkan uncang pada bahagian mata selama 15 minit sama ada sebelum atau selepas bangun tidur. 

4. Kuning telur & lemon

Image via Rapi

Campurkan sebiji kuning telur, sesudu madu dan sedikit perahan lemon di dalam satu cawan. Kemudian, bancuh kesemua bahan tersebut sampai sebati. Sapukan di bahagian eyebag sebelum tidur dan cuci keesokan harinya. Mesti berkurang sedikit eyebag tu.

5. Minyak badam

Image via Sentiasa Panas

Mengikut kajian, minyak badam baik untuk mengurangkan kesan eyebag kerana mengandungi vitamin E yang tinggi. Caranya, sapu di sekeliling mata sebagai pelembap sebelum tidur. Petua ini juga membantu meratakan tona kulit di bawah mata agar kelihatan tidak kusam.

Kesemua bahan di atas sangat mudah didapati. Apa kata anda cuba salah satu tips yang diberi, pasti berkesan! Belum cuba belum tahu :')

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: