Malaysia Cipta Sejarah Muncul Juara Dunia 'FIFAe World Cup 2024' Di Riyadh, Arab Saudi
Untuk rekod, Malaysia merupakan satu-satunya negara daripada ASEAN pertama berjaya menjuarai kejohanan berprestij itu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Buat julung-julung kalinya, Malaysia mencipta sejarah hari ini apabila pasukan FAM eRimau menjuarai saingan FIFAe World Cup 2024 kategori mobile di Riyadh, Arab Saudi yang berlangsung sebentar tadi
Malaysia yang diwakili Ahmad Muhaimin atau dikenali sebagai Minbappe memenangi perlawanan pertama 3-0 dan perlawanan kedua 2-0 seterusnya dinobatkan sebagai juara saingan terbabit.
Lebih membanggakan lagi, Malaysia merupakan satu-satunya negara daripada ASEAN pertama berjaya menjuarai kejohanan berprestij itu.
Sebagai rekod, kejohanan dunia itu bermula 9 hingga 11 Disember 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Malaysia menghantar empat wakil terdiri daripada Mohamad Danish Hakim Nor Azam, Mohamad Norhaikal Mohamad Noh, Muhammad Hariz Hazmi Hakimi dan Ahmad Muhaimin.
Image via @FIFAe (X)
Kejayaan itu menyaksikan skuad negara membawa pulang hadiah wang tunai kemenangan sebanyak RM80,000
Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengucapkan tahniah kepada Muhaimin atas kejayaan tersebut.
"Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada Muhaimin. Anda memang kebanggaan rakyat Malaysia.
"Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada barisan jurulatih yang terlibat, Shaharil Shaifuddin dan Muhammad Hazim Aisar," kata FAM dalam satu kenyataan di Facebook.
Image via MoBetul27/Reddit
Lihat video penuh di bawah detik kemenangan Malaysia dinobatkan sebagai Juara Dunia 'FIFAe World Cup 2024':
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment