Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

4 Anak Malaysia Muncul Juara Piala Dunia Pastri 2019 Di Perancis. Manisnya Kemenangan Ini!

Ini merupakan kemenangan pertama buat negara yang tidak pernah beroleh Top 3 walau sekali pun sejak pertandingan diadakan pada 1989!

Cover image via Malaysia Good News

Manisnya apabila negara Malaysia muncul juara dalam Piala Dunia Pastri 2019 yang diadakan di Lyon, Perancis, pada 27 hingga 28 Januari yang lalu

Dipimpin Ketua Chef, Patrick Siau dari Sekolah Hospitaliti, Sunway University, kertas pemarkahan keseluruhan menunjukkan Malaysia berada di tangga teratas dengan meraih 11,904 markah untuk merangkul emas, diikuti Jepun (perak) dengan markah 11,862 selain Itali (gangsa) yang mencatat 11,083 markah.

Patrick Siau turut dibantu tiga lagi chef; Tan Wei Loon, Otto Tay dan Ming Ai Loi.

Image via Malaysia Good News

Image via Malaysia Good News

Image via Malaysia Good News

Dalam saingan kali ini, sebanyak 21 wakil turut serta mewakili negara berbeza bagi merebut trofi paling berprestij dalam dunia penghasilan hidangan pastri.

Yang menjadikan ianya lebih manis adalah ini juga kemenangan pertama buat negara yang tidak pernah beroleh Top 3 walau sekali pun sejak pertandingan diadakan pada 1989!

Dalam pertandingan tersebut, setiap negara hanya diberikan masa selama 10 jam untuk menyediakan beberapa hidangan pastri

Image via Malaysia Good News

Antara hidangan itu adalah tiga pencuci mulut coklat cara Valrhona, 19 jenis pencuci mulut dan tiga pencuci mulut jenis buah beku daripada variasi capfruit.

Bukan itu sahaja, buat kali pertama sepanjang penganjuran kejohanan tersebut diadakan, kali ini penganjur menampilkan kelainan apabila setiap hidangan perlu mencerminkan gaya hidup vegetarian.

Image via Google

Kek yang dihasilkan pasukan Malaysia yang diukir menjadi monyet berpakaian seperti Elvis, berjaya menarik perhatian para juri dan dengan demikian, dinobatkan sebagai juara.

Pertandingan berprestij ini dianjurkan setiap dua tahun di Lyon yang bertujuan mengenalpasti bakat di kalangan chef pastri muda dari seluruh dunia.

Saksikan kemenangan tersebut dalam video di bawah:

Syabas dan tahniah kepada chef Malaysia di atas kemanisan kemenangan ini!

Image via Oh Media

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ingat lagi isu rendang ayam crispy tahun lepas?

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment