Malaysia Negara Ketiga Di Asia Yang Mempunyai Paling Ramai 'Sugar Daddy', Wow!
India ialah negara pertama dalam senarai.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia mempunyai bilangan sugar daddy ketiga tertinggi di Asia, menurut laman Seeking Arrangement
Sugar daddy membawa maksud lelaki kaya dan biasanya lebih tua memberikan hadiah atau wang kepada individu yang lebih muda sebagai pertukaran untuk persahabatan atau hubungan seksual.
Menerusi laman web dating tersebut, Seasia Stats melaporkan bahawa India mempunyai 338,000 sugar daddy.
Indonesia menduduki tempat kedua dengan 60,250 sugar daddy, manakala Malaysia dan Jepun berada di tempat ketiga dengan 32,500 orang.
Di bawah ialah senarai penuh:
Image via @seaasia.stats (Instagram)
Pada tahun 2021, Seeking Arrangement juga mengeluarkan tinjauan yang sama dan mendakwa Malaysia mempunyai 42,500 sugar daddy
Ini sekali gus menunjukkan pengurangan sebanyak 10,000 sugar daddy dalam masa kurang daripada lima tahun.
Seeking Arrangement yang sebelum ini disifatkan sebagai laman temu janji terbesar di dunia, kini telah dijenamakan semula sebagai "laman temu janji mewah terbesar untuk mereka yang cantik, kaya dan berjaya, dengan lebih 52 juta ahli di seluruh dunia".
Platform ini dikatakan mempromosikan hipergami, amalan membentuk hubungan romantis dengan seseorang yang mempunyai latar belakang sosiologi atau pendidikan yang lebih tinggi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment