"Mana-Mana Rancak, Berdosa" - Tular Di Media Sosial, Pemuda Ini Dedah Asal Usul Ayat Viral
Melekat dalam kepala weh.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
"Hari ini rancak, di sini rancak, di sana rancak, berdosa! Iya, di sana mau rancak, di mana-mana rancak, berdosa! Berdosa..."
Begitulah ungkapan ayat yang disebut seorang pemuda yang menjadi trend dan ikutan di media sosial kini.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik pemuda dikenali sebagai @ahmadsaffuan86 di TikTok, bunyi 'di sini rancak, di sana rancak, mana-mana rancak, berdosa!' itu disebut sebagai 'hiburan'.
Malah sebutan ayat tersebut juga diguna pakai orang ramai pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak.
Tonton video penuh asal berkenaan di bawah:
Image via @ahmadsaffuan86 (TikTok)
Image via @ahmadsaffuan86 (TikTok)
Tampil beri penjelasan sebenar mengenai asal usul ayat viral yang kini tular di media sosial
"Saya nak buat penjelasan sebab ramai yang dah merapu.. Tapi asal usul dia bukan daripada saya," katanya.
Menyedari video sedemikian rupa telah mendapat perhatian ramai, lelaki bernama Ahmad Saffuan akhirnya tampil memuat naik penjelasan asal usul bagi ayat viral berkenaan.
Pada suatu hari, dia ada terdengar rakannya menyebut “rancak, berdosa” yang dikatakan asalnya disebut oleh ‘Mat Motor’ di TikTok.
Tambah Ahmad Saffuan lagi, dia hanya tertarik dengan sebaris ayat yang disebutkan dan menambah beberapa perkataan lain lagi.
"Aku pun buat lah dengan style sendiri Demi menghormati brother tu, saya tak akan claim income ini," ujarnya.
Tonton video penjelasan penuh Ahmad Saffuan di bawah:
Image via @ahmadsaffuan1001 (Instagram)
"Sebab abang, boyfriend saya ulang perkataan yang sama 24/7" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat lebih 4.2M views, 210.6K likes dan 7K comments di laman TikTok.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi bersahaja pemuda itu bila mengungkapkan ayat berkenaan berulang-ulang kali.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @ahmadsaffuan86 (TikTok)
Image via @ahmadsaffuan86 (TikTok)
Image via @ahmadsaffuan86 (TikTok)
Image via @ahmadsaffuan86 (TikTok)
Image via @ahmadsaffuan86 (TikTok)
Aduh, dah melekat pula ayat ini dalam kepala. Rancak, berdosa! :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment