Marah Kemenangan Dinafikan, Adam Adli Nak Jumpa Anak Arwah Aziz Desa & Bincang Secara Baik
Harap Zhiddin dapat diberikan penjelasan dan keadilan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Beberapa hari lalu, Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan sebuah program Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan 2023
APBN tersebut turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh dan timbalannya, Adam Adli.
Salah seorang calon pemenang bagi sebuah kategori di APBN tersebut merupakan seorang influencer yang dikenali ramai iaitu Zhiddin Aziz, anak kepada Allahyarham Aziz Desa.
Namun, tular beberapa video mengenai kekesalannya yang tidak berpuas hati gara-gara kemenangannya dinafikan oleh pihak penganjur.
Menurut Zhiddin, anugerah yang sepatutnya menjadi kemenangannya telah ditarik pada saat akhir.
Image via @zhiddinazizz (TikTok)
Image via @zhiddinazizz (TikTok)
Kecewa seolah-olah tidak dilayan oleh menteri, Adam Adli akhirnya tampil beri penjelasan dan ingin berjumpa Zhiddin
Menerusi video yang dimuat naik olehnya, Zhiddin meluahkan kekecewaannya berkata dia dimaklumkan tentang pembatalan anugerah itu namun tidak mendapat sebarang penjelasan daripada pihak penganjur.
Penganjur membatalkan kategori anugerah itu kurang 24 jam, sedangkan dia sudah membuat persiapan yang akan memakan kos terutama sekali busana yang menelan ribuan ringgit. Zhiddin merasakan bahawa maruahnya tercalar.
Pihak APBN pula menyatakan bahawa jawatankuasa mereka telah sebulat suara mengundi bahawa tiada pemenang bagi dua kategori iaitu Ikon Belia Influencer (Media Sosial) dan Ikon Belia Sanjungan Budi. Alasannya adalah, tiada calon yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Terbaru, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim meminta pejabatnya untuk menghubungi Zhiddin dan mengaturkan pertemuan antara mereka dalam minggu akan datang berhubung isu yang timbul.
Image via @zhiddinazizz (TikTok)
"Memandangkan terlalu banyak perkara yang berbentuk spekulasi timbul sehingga mengheret banyak pihak, saya kira adalah baik agar pertemuan diadakan untuk rungkai isu ini secara baik.
"Saya sudah minta pejabat untuk hubungi Zhiddin dan segera aturkan pertemuan antara kami dalam minggu akan datang ini. Looking forward," katanya.
Menurut sumber, Adam Adli berkata pihaknya memahami perasaan dan ketidakpuasan hati Zhiddin berkait isu itu, malah bebas untuk meluahkan perasaan menerusi medium pilihannya.
Lihat video penuh di bawah:
Apa pendapat anda?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment