Marissa Dania & Aslam Didakwa Sudah Bernikah Senyap-Senyap Di Songkhla, Thailand?
Difahamkan, pernikahan itu berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam dan keluarga Marissa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja anak kepada pasangan pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim didakwa telah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Aslam
Menerusi laporan Harian Metro, pasangan tersebut didakwa telah berkahwin di Songkhla, Thailand pada Disember lalu tanpa pengetahuan isteri pertama dan keluarga Marissa.
"Mereka berkahwin ketika Misya pergi menunaikan umrah. Kiranya, Misya sudah dimadukan tanpa pengetahuan," kata sumber.
Dalam pada itu, sumber juga mendakwa bahawa ikatan mereka kembali terjalin selepas Aslam dan Misya rujuk semula dan kontroversi hubungan mereka reda.
Terdahulu, kisah pasangan ini tular apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan isterinya, Misya Mazlan sehingga bercerai.
Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam edah. Misya juga mendedahkan di media sosial bahawa Marissa yang juga pempengaruh itu didakwa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya.
Image via Harian Metro
Terkini, kakak ipar sahkan dakwaan Marissa Dania dan Aslam bernikah di Songkhla adalah benar
Menerusi laporan Berita Harian, kakak ipar kepada lelaki dikenali sebagai Aslam yang dikaitkan dengan Marissa Dania Hakim mengesahkan adik iparnya sudah berkahwin dengan Marissa Dania.
Wanita dikenali sebagai Nadiah Mazlan itu mededahkan secara ringkas, laporan media mengenai berita pernikahan itu adalah tepat.
"Ya betul (Marissa dan Aslam) nikah di Thailand. Cerita sama macam apa yang dihebahkan," jawapnya ringkas.
Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, kami di SAYS Seismik masih menantikan pengesahan rasmi daripada pihak Marissa dan Aslam serta keluarga mengenai isu ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment