Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Masa Tengah Selekehlah Terserempak" - Gadis Luah Rasa Malu Terjumpa Rakan Ofis Dekat Luar

Relatable sangat!

Cover image via @namicwan_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti kita semua rindu nak keluar dan lepak bersama rakan-rakan macam dulu betul tak?

Disebabkan sudah lama sangat duduk di rumah, kadang kala mesti ada rasa malas nak keluar dan bersiap macam dulu. Sehingga kita hanya pakai dan sarung apa yang ada saja yang memudahkan.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi cerita ketika dia terjumpa rakan ofisnya di luar telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Malu pakai 'selekeh' masa terjumpa rakan dekat luar

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang berada di dalam kereta sambil meluahkan perasaannya tentang apa yang terjadi.

Dia menceritakan yang dia terserempak dengan rakan ofis semasa sedang membeli barang di luar. Namun, dia berasa malu kerana dia hanya memakai pakaian t-shirt biasa dan memakai tudung sarung saja ketika itu.

Malah, dia siap mengelak dari memandang rakannya itu dan melakukan seolah-olah dia tidak mengenalinya.

Apa yang lebih melucukan adalah semasa hendak membuat bayaran dia sekali lagi terserempak dengan rakannya yang berada di kaunter sebelah. Dia kemudian terus beredar dari tempat tersebut dengan pantas selepas membayarnya.

Image via @namicwan_ (TikTok)

Image via @namicwan_ (TikTok)

"Dengan beg silang tepinya, hahaha aduh" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 38.7K views, 4,624 likes dan 144 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @namicwan_ (TikTok)

Image via @namicwan_ (TikTok)

Image via @namicwan_ (TikTok)

Image via @namicwan_ (TikTok)

Image via @namicwan_ (TikTok)

Image via @namicwan_ (TikTok)

Dia punya cerita tu memang boleh relate sangat! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment