Mat Salleh Gembira Dapat Beli Dompet Gucci 'Fake' Dengan Harga RM100 Di Petaling Street
"You happy, I'm happy" - Mat Salleh
Seperti umum ketahui, Petaling Street merupakan salah satu tempat tarikan pelancong di Kuala Lumpur
Bagi rakyat Malaysia, kita dah tahu pelbagai barangan yang dijual di Petaling Street murah-murah belaka. Namun, barangan tersebut bukanlah jenama sebenar, ia adalah palsu.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang Mat Salleh bertanya tentang harga dompet Gucci di salah satu kedai di Petaling Street.
Pada awalnya, dia membelek dompet Gucci yang bercorak ular dan ingin membelinya. Kemudian dia membelek lagi dompet warna hitam dan bertanyakan tentang harganya. Sebaik saja tahu harga dompet itu RM285, dia terus membatalkan niat.
Dia siap membalas harga itu lebih mahal daripada kedai Gucci sebenar.
Image via @ricxxxkiddo (X)
Tak sangka, dia sanggup tawar harga dengan penjual
Kemudian, dia lihat ingin membeli dompet Gucci yang bercorak ular itu. Dia terus menawar harga kepada penjual. Mat Salleh itu dilihat menghulurkan sekeping RM100 kepada penjual dan bertanyakan adakah dia mahu menjual dompet itu kepadanya atau tidak.
Akhir sekali, penjual itu terima duit tersebut dengan hati yang gembira.
"You happy, I'm happy" katanya.
Image via @ricxxxkiddo (X)
Lihat video penuh itu di bawah:
Kalau orang Malaysia memang takkan beli beg dari Petaling Street :')
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment